PENGUMUMAN DARIPADA : FAKULTI KOMPUTERAN DAN INFORMATIK
SUBJEK : PERLANJUTAN PROMOSI PERKHIDMATAN PEMULIHAN DATA DAN SANITASI DATA DI CSC UMS
 
Sukacita dimaklumkan bahawa MyCyberSecurity Clinic (MyCSC@UMS), dibawah pengurusan Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) akan mula beroperasi sepenuhnya pada bulan  15 Mac 2019 dengan menyediakan Perkhidmatan Pemulihan Data dan Sanitasi Data kepada semua warga universiti, jabatan/agensi kerajaan dan persendirian dan orang awam dengan bayaran yang munasabah.
 
Sempena pembukaan Klinik Siber yang pertama di Borneo dan di universiti awam Malaysia ini, satu promosi “Pre-Launch” akan diadakan dimana perkhidmatan Pemulihan Data cakera keras (Hard disc) dan sticks memori (Thumb drive) secara PERCUMA akan diberikan kepada semua warga UMS sebelum proses pemulihan data dijalankan. 
 

PENGUMUMAN DARIPADA : PERPUSTAKAAN UMS
SUBJEK : MAKLUMAN WAKTU OPERASI KOLEKSI KANAK-KANAK
 
Pengguna Perpustakaan yang dihormati, untuk makluman Perkhidmatan Koleksi Kanak-Kanak mula beroperasi mengikut ketetapan  berikut:-
 
HARI
MASA
Isnin
2.00 Petang – 5.00 Petang
Selasa
9.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Rabu
2.00 Petang – 5.00 Petang
Khamis
9.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Jumaat
2.00 Petang – 5.00 Petang
 
*PERHATIAN: Keselamatan kanak-kanak adalah dibawah tanggungjawab ibubapa. Kanak-kanak dibawah 8 tahun perlu ditemani oleh ibubapa/penjaga.