Pengumuman Daripada: Unit Penerbitan, Pusat Islam UMS
Assalamualaikum WBT
Pengumuman Daripada: Unit Penerbitan, Pusat Islam UMS
Assalamualaikum WBT
Pengumuman Daripada: Akademi Seni dan Teknologi Kreatif
"SEMANGAT JUANG, BANGSA MERDEKA"
Muzikal 1963 ialah program yang julung kalinya akan dipersembahkan bertempat di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah selama empat hari bermula 20 hingga 23 September 2023.
Program ini bertujuan memperingati kembali semangat perjuangan tokoh-tokoh negeri Sabah seperti Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun (Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah yang pertama) dan Tun Mohammad Fuad Stephens (Ketua Menteri Sabah Yang Pertama). Muzikal ini merupakan kerjasama antara Kerajaan Negeri Sabah, Universiti Malaysia Sabah dan Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF). Muzikal ini turut menampilkan barisan artis di Bawah Bayu.
Potongan harga tiket bermula dari 15% sehingga 50% menanti anda. Jom!!! datang beramai-ramai menyaksikan Muzikal 1963.
Pembelian tiket boleh dibuat dalam talian melalui pautan google form/QR code yang tertera.
Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf
Dilampirkan adalah hebahan panduan keselamatan dan penggunaan E-Skuter Beam di Universiti Malaysia Sabah untuk makluman dan tindakan warga UMS.
Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan
UCAPAN TAHNIAH BAGI KELULUSAN PERMOHONAN PROJEK PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN) 2.0 TAHUN 2023
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Dana PPRN telah bersetuju untuk meluluskan projek Public-Private Research Network (PPRN) bertajuk Odour Removal (OSHH) at Fish Market (SAFMA) using Environmental Friendly and Sustainable Methods kepada Universiti Malaysia Sabah (Ketua Penyelidik : Prof. Madya Dr. Chee Fuei Pien) dan syarikat Yape Sdn Bhd.
Perhatian pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan
UCAPAN TAHNIAH BAGI KEPUTUSAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) TAHUN 2023
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan, bersama ini dilampirkan keputusan Permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Tahun 2023 untuk perhatian dan rujukan pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya.
Perhatian pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Terma Pengguna | Penafian | Dasar Privasi | Polisi Keselamatan | Dasar Hak Cipta | Paparan Terbaik 1366x768