Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato' Seri/Datuk/Dato'/Datin/Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan/Encik/Cik,
 
 
JEMPUTAN MENYERTAI PERSIDANGAN KEBANGSAAN EKSPLORASI PENDIDIKAN (PKEP) 2024
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.        Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Karang Mengarang akan menganjurkan Persidangan Kebangsaan Eksplorasi Pendidikan (PKEP) 2024 yang bertemakan "Meneraju Pendidikan Menerusi Kecerdasan Buatan" pada 8-10 Oktober 2024 di Hotel Casuarina Meru, Ipoh Perak.
 
3.        Untuk makluman persidangan ini akan diadakan secara fizikal sepanjang tiga (3) hari. Antara topik yang bakal dibincangkan dalam persidangan ini adalah seperti berikut:
  • Trend terkini dalam Pendidikan
  • Reka Bentuk Kurikulum Pendidikan
  • Pendidikan Berasaskan Teknologi
  • Inovasi dalam Pendidikan
  • Revolusi Teknologi Pendidikan dalam Pembentukan Kesejahteraan Masyarakat
  • Etika dalam Pendidikan Berasaskan Kecerdasan Buatan
4.        Sehubungan itu, Sekretariat PKEP 2024 amat berbesar hati mengalu-alukan penyertaan ahli akademik, ahli profesional, penyelidik, pendidik dan pelajar untuk menghantar wakil ke persidangan ini. Kertas kerja persidangan berpeluang diterbitkan dalam jurnal terbitan UPSI yang diindeks oleh Scopus/ESCI/DOAJ/Mycite dan prosiding dengan e-ISSN. Sila layari laman sesawang https://pkep.upsi.edu.my/ untuk akses maklumat-maklumat terkini PKEP 2024. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan pihak urus setia persidangan Dr. Laili Farhana binti Md Ibharim (017-554 0815) atau Puan Nor Azura binti Mustafa Bakri (019-877 7973). Sila imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut.
 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Dato' Seri/Datuk/Dato'/Datin/Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan/Encik/Cik  didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan OKU

 

PERKONGSIAN KESEDARAN KESIHATAN PENYAKIT KELAMIN
 
Penceramah       : AP Dr. Mohd Nazri Mohd Daud, FPSK, UMS
Tarikh                 : 25 Jun 2024 (Selasa)
Masa                  : 2.30 petang
Medium                 : FB Laman Pusat Pengurusan OKU UMS
Pautan            : https://www.facebook.com/share/WS5i8PefHPdTJ5Y6/
 
      
Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan

 

Sukacita dimaklumkan bahawa FOOD FESTIVAL FSMP 2024 kembali lagi dan akan diadakan pada ketetapan berikut :   

 

🗓️ Tarikh: 27 JUN 2024 (Khamis) 

⏰ Masa: 8:00 pagi - 4:00 petang 

📍 Tempat: Foyer & Parkir FSMP   

 

Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan! 😍 Antara aktiviti tersebut ialah:   

 

🍤 Pameran & Pertandingan Food Product Development dan Food Innovation   

🍨 Tamu Dessert oleh Exco Keusahawanan    

🍜 Pameran Agensi Luar   

🚚 Food Truck & Gerai Jualan Pelbagai Makanan dan Minuman  dan banyak lagi!   

 

Mari beramai-ramai memeriahkan FOOD FEST FSMP 2024 🔥   

 

✨JUMPA ANDA DI SANA ! 🥳✨   

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan Ekonomi dan Dasar, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan

 

Salam sejahtera,
 
YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.   Sukacita Pusat Pembangunan Ekonomi dan Dasar (CEDP) mengalu-alukan YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri BESTalk Series #11 yang diadakan pada ketetapan berikut:
 
            Tarikh: 27 Julai 2024 (Khamis)
            Masa: 2.30 petang
            Platform: Cisco webex 
            pautan: https://acesse.dev/7avyz