Pengumuman Daripada: Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah

 

Maklumat lanjut sila rujuk pautan ini: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SURI RUMAH DAN STAF WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KALI KE-26 (MAT KESUMBA KALI KE-26)

 

YBhg. Prof/Dr/Puan,

 

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB SURI RUMAH DAN STAF WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KALI KE-26 (MAT KESUMBA KALI KE-26)

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawaMesyuarat Agung Kelab Suri Rumah Dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah kali ke-26 (MAT KESUMBA) akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh            :           7 Julai 2023 (Jumaat)

Masa              :           8.00 pagi-12.30 tengahari

Tempat      :     Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori dan Secara maya menggunakan platform Webex (Link akan dikemukakan kemudian)

3. Sukacita sekiranya puan dapat mengemukakan Borang Penamaan Calon Exco Baru KESUMBA, dan borang cadangan usul kepada Puan Stella@Nurul Martini Gontol (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) atau kepada Puan Nurul Izza Binti Md Nordin (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) pada atau sebelum23 Jun 2023 (Jumaat). Dilampirkan bersama ini Notis Mesyuarat, Atur cara Majlis, Borang Cadangan Usul, Borang Penamaan Calon dan Pelepasan untuk tindakan selanjutnya.

 

Segala kerjasama dan sokongan puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP)

 

Maklumat lanjut, sila rujuk pautan ini: GARIS PANDUAN PPRN - GARIS PANDUAN BILANGAN 1 TAHUN 2022

 

YBrs. Prof. / Dr. / Tuan / Puan, 

 

HEBAHAN PEMBUKAAN PERMOHONAN PROJEK PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK (PPRN) 2.0 BAGI TAHUN 2023 - FASA 2/2023 (13 JUN 2023 - 14 JULAI 2023) 

 

Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas. 

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Seksyen Penyelidikan dan PPRN, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar telah membuka permohonan projek Public-Private Research Network (PPRN) 2.0 bagi Fasa 1/2023pada 13 Jun 2023 – 14 Julai 2023. Sehubungan itu, penyelidik UMS yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan geran tersebut.

3. Sehubungan itu, pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) memohon kerjasama YBrs. Prof. / Dr. / Tuan / Puan untuk memanjangkan maklumat ini kepada penyelidik-penyelidik di F/A/I/P YBrs. Prof. / Dr. / Tuan / Puan masing-masing. Maklumat berkaitan pembukaan fasa baharu ini juga telah diumumkan melalui laman web rasmi PPRN: https://pprn.mohe.gov.my/ dan sistem PPRN.

4. Bersama-sama ini dilampirkan Garis Panduan PPRN untuk makluman dan rujukan YBrs. Prof. / Dr. / Tuan / Puan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Urus Setia PPRN UMS seperti berikut: 

 

i) Puan Hetty Hazwani binti Dzulkipli 

   Penolong Pendaftar 

   013-8852373 

ii) Puan Norapidawati Mohd Yunus 

    Pembantu Tadbir  

    016-8643120 


Perhatian daripada pihak YBrs. Prof. / Dr. / Tuan / Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

 

Sekian, dan harap maklum. 

 

 

Announcement From: Preparatory Centre For Science & Technology

 

Unlocking the wonders of STEM! Join us at our highly anticipated 3rd PPST STEM Seminar 2023, where innovation and discovery take centre stage. Immerse yourself in a world of science, technology, engineering, and mathematics as we explore the endless possibilities that these fields offer.

 

📅 Save the date: 10 October 2023

⏰ Time: 8am-5pm

📍 Venue: Hyatt Regency, Kota Kinabalu

⏳Fee:

✅ Poster Presentation          – RM180

✅ Oral Presentation             – RM250

✅ Payment Deadline            – 28th July 2023

Network with fellow STEM enthusiasts, educators, and professionals, forging connections that will shape the future of innovation. Together, let's create a world driven by scientific progress and technological advancements. Join us and be part of the STEM revolution!

 

📩 For more information and registration, please email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Don't miss this opportunity to be at the forefront of STEM excellence.

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Jom! Sertai kami dalam Program Cintai Ilmu, siri Terjah Minda sempena Hari OSH Sedunia.

 

📝 Tajuk       : Selamatkah Aku Di Tempat Kerja?

🗣️ Penceramah : Prof. Dr. Khamisah Awang Lukman, Pengarah, Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP), UMS

 

🗓️ Tarikh        : 22 Jun 2023 (Khamis)

⏰ Masa         : 9.30 Pagi

📍 Live              : FB Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah

                            https://fb.me/e/17CwToySp

 

✅ Terbuka untuk semua kakitangan dan pelajar UMS

✅ Mata IDP/SDP disediakan

 

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pengurusan Harta & Risiko, Jabatan Bendahari

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Harta & Risiko, Jabatan Bendahari telah menyediakan hebahan infografik sebagai pemakluman kepada PEGAWAI ASET JAFPIB mengenai Tindakan Pengemaskinian Kew.Pa-7.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan boleh menghubungi Sektor Pengurusan Harta & Risiko di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sekian. Terima Kasih

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.