- Jumlah paparan: 5031
Semakan Bayaran Pinjaman Melalui Potongan Gaji Biro Angkasa Bagi Kakitangan Universiti Malaysia Sabah
Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari
YBhg. Datuk /Datin /YBrs. Prof. /Prof. Madya /Dr. /Tuan /Puan,
Dimaklumkan bahawa kakitangan UMS yang mempunyai potongan gaji melalui Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) bagi pembiayaan pinjaman boleh membuat semakan di dalam sistem yang digunakan pihaknya dikenali sebagai Sistem Potongan Gaji Angkasa (SPGA).
Sehubungan itu, pihak YBhg. Datuk /Datin /YBrs. Prof. /Prof. Madya /Dr. /Tuan /Puan boleh membuat semakan kendiri melalui pautan seperti berikut: http://www.sola.my/espga_semakan
Dikongsikan infografik berkaitan seperti di atas sebagai panduan untuk membuat semakan potongan gaji bulanan yang berkenaan.
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Sektor Perkhidmatan Kakitangan, Jabatan Bendahari di talian 200519 atau melalui e-mel ke alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Sekian, terima kasih.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Sektor Perkhidmatan Kakitangan
Bahagian Bayaran Pembekal dan Kakitangan
Jabatan Bendahari
25 Mei 2023