Pengumuman Daripada: Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan

 

 

Kelab Pengurusan Kewangan dan Perbankan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan program Minggu Pelaburan 2023 di Dewan Auditorium Pascasiswazah UMS, pada 17 Mei 2023 hingga 19 Mei 2023.

Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai perancangan kewangan yang bijak, disamping mempraktikkan ilmu pengurusan kewangan dalam kehidupan seharian. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi pendedahan mengenai teknik membuat pelaburan dengan efektif dan selamat.

Antara aktiviti menarik yang bakal dianjurkan adalah sesi Wacana Ilmu daripada beberapa pemain industri jemputan, antaranya Pelaburan Hartanah Berhad (PHB), RHB Bank Berhad, Syarikat Mega Jupsel Sdn. Bhd. serta Yayasan Peneraju.

Selain itu, beberapa tapak pameran daripada beberapa syarikat kewangan akan turut dibuka, serta pertandingan Simulasi Saham yang menawarkan pengalaman sebenar kepada peserta untuk melabur di pasaran saham.

Warga UMS serta orang awam dijemput hadir bagi menyertai serta memeriahkan pelbagai acara menarik yang telah dirancang.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Minggu Pelaburan 2023, hubungi Ashira Salim di talian 011-51189625.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah 

 

Rebut peluang untuk dapatkan Rebat 10% kepada Alumni dan kakitangan UMS yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda Dan Sarjana.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi di talian 088 329 380 atau terus layari laman web rasmi kami di https://plums.ums.edu.my/

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar

 

Sesi Perkongsian Ilmu Siri 3/2023

KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS
 
🗓️Tarikh :  20 Mei 2023 (Sabtu)
🕘Masa  : Jam 9.30 pagi
📍Tempat : Dewan USIA 1 Borneo, Tingkat 4
 
🎯Objektif
➡️ Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta mengenai pentingnya tatacara dan peranan pertolongan cemas.
➡️ Memenuhi keperluan occupational safety and health act 1994.
 
🔊Terbuka kepada pelajar Non Residen
 
✅ Mata SDP dan e-cert sijil penyertaan diberikan kepada pelajar yang hadir
 
✅ Sila daftarkan penyertaan ada di pautan berikut selewat-lewatnya pada 16 Mei 2023:

https://forms.office.com/r/ub82R2QyCE

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.