Hebahan Daripada: Pusat Komunikasi Korporat (PKK)

 

Maklumat lanjut, sila rujuk pautan ini: BROSUR PROGRAM PEMBUDAYAAN INTEGRITI DALAM TADBIR URUS INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (PITI) (pdf.)

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

YM/ Tan Sri/ Puan Seri/ Datuk/ Dato’/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Ts./ Tuan/ Puan,

 

UNDANGAN KE PROGRAM PEMBUDAYAAN INTEGRITI DALAM TADBIR URUS INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI (PITI)

 

Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian YM/ Tan Sri/ Puan Seri/ Datuk/ Dato’/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Ts./ Tuan/ Puan kepada perkara di atas.

 

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kolaborasi Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah Malaysia (ACeIO) akan mengadakan Program Pembudayaan Integriti dalam Tadbir Urus Institusi Pendidikan Tinggi (PITI). Antara objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memantapkan konsep pembudayaan integriti dalam konteks tadbir urus Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) serta mengintegrasikan konsep tersebut dengan inisiatif dan hala tuju dalam kepimpinan IPT. Program ini menyasarkan pemimpin dan pentadbir pada semua peringkat ekosistem IPT.

 

  1. Sebagai makluman, program ini akan dirasmikan olehYBhg. Dato' Seri Abdul Razak bin Jaafar, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi. Tarikh pelaksanaan program ini adalah seperti butiran berikut:

 

Tarikh            :           21 & 22 Jun 2023 (Rabu & Khamis)

Masa              :           8.30 Pagi – 5.30 Petang

Tempat          :           Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi

                                    Kementerian Pendidikan Tinggi

                                    Lebuh Enstek

                                    71760 Bandar Enstek

                                    NEGERI SEMBILAN

 

  1. Sehubungan dengan itu, AKEPT memohon kerjasama pihak YM/ Tan Sri/ Puan Seri/ Datuk/ Dato’/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Ts./ Tuan/ Puan untuk menyertai program ini atau mengemukakan calon selewat-lewatnya pada 15 Mei 2023 (Isnin) melalui pautan https://bit.ly/PenyertaanProgramPITI.

 

  1. Bagi pelaksanaan program ini, pihak AKEPT menyediakan penginapan dan sajian untuk setiap peserta. Walau bagaimanapun, urusan tuntutan perjalanan adalah di bawah tanggungan pihak institusi atau jabatan masing-masing.

 

  1. Yuran penyertaan bagi program ini adalah sebanyak RM500 untuk seorang peserta.Sijil penyertaan program ini akan diberikan kepada peserta yang hadir dan telah menjelaskan yuran. Yuran tersebut hendaklah dijelaskan kepada pihak AKEPT semasa membuat pendaftaran dalam pautan di atas. Prosedur pembayaran untuk program ini adalah seperti pautan https://tinyurl.com/ProsedurPITI.

 

  1. Arahan Pentadbiran akan dikemukakan kepada peserta yang telah selesai membuat pembayaran yuran tersebut. Peserta juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diumumkan dari semasa ke semasa. Maklumat lanjut berkaitan program ini terdapat dalam brosur yang dilampirkan.

 

  1. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini, pihak YM/ Tan Sri/ Puan Seri/ Datuk/ Dato’/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Ts./ Tuan/ Puan boleh merujuk Encik Ruslei bin Mohd Nor di talian 06-7979595/ e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.atau Encik Nazri bin Saidin di talian 06-7979408/ 011-10563797/ e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

Perhatian dan kerjasama pihak YM/ Tan Sri/ Puan Seri/ Datuk/ Dato’/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Ts./ Tuan/ Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW)

 

 

Salam hormat,

 

Bersama ini disertakan poster program eksklusif bersama BAPA MEMANAH TRADISIONAL Tuan Sheikh Fuad bin Sheikh Mahmud yang merupakan pengasas Sukan Memanah Tradisional di Malaysia.

Program sehari ini khusus untuk pemanah-pemanah tradisional yang baru ataupun lama yang sebaik-baiknya telah menyertai KURSUS ASAS MEMANAH TRADISIONAL yang telah diadakan.

Untuk bulan Mei, sesiapa yang berminat untuk mempelajari sukan memanah tradisional boleh memilih sama ada hendak menyertai KURSUS ASAS MEMANAH TRADISIONAL pada 14 MEI 2023 ataupun 30 MEI 2023 sepertimana poster dilampirkan.

Mohon hebahan ke warga UMS. Semoga bermanfaat kepada seluruh warga UMS termasuk juga ahli keluarga warga UMS. Insya-Allah.

 

Terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.