Pengumuman Daripada: Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP)

 

Permohonan bagi kemasukan ke Program Diploma Lepasan Ijazah (DPLI) Semester 1, Sesi 2022/2023 (Kemasukan September 2023) kini telah dibuka!

 

Permohonan ditawarkan adalah bagi pengkhususan;

i) Bahasa Melayu

ii) Pendidikan Islam

iii) Pendidikan Seni Visual

iv) Pendidikan Jasmani & Kesihatan

v) Pendidikan Teknikal & Vokasional

vi) Pendidikan Sains & Matematik

 

Permohonan adalah secara atas talian melalui pautan

https://linktr.ee/dpliums2023

sebelum 30 April 2023

 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut hubungi : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau 0108896618/0104453351

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

 

YBhg. Prof. Datuk/YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan, 

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, permohonan Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) bagi tahun 2023 kini dibuka dan berikut merupakan makluman penting yang perlu diberikan perhatian: 

 

a) Menggunakan Borang Permohonan Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)yang TERKINI- BPSM/SP/UCK/1/2022 (Pindaan 2023); 

b) Garis Panduan dan Borang Permohonan boleh dimuat turun melalui Sistem e-Cuti, HROnline Versi 4.0;

c) Semakan rekod cuti melalui format JPA hendaklah diselesaikan terlebih dahulusebelum mengemukakan borang permohonan ke BPSM. 

d) Bayaran pemberian awal award GCR akan dikreditkan ke akaun gaji kakitangan pada bulan berikutnya daripada tarikh penerimaan borang permohonan yang LENGKAP


3. Sehubungan itu, kakitangan yang berminat dan berkelayakan bolehlah mengemukakan borang permohonan lengkap ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, dipohon berhubung terus dengan Sektor Perkhidmatan, BPSM, Jabatan Pendaftar melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau HotlineBPSM: 088-329 068. 

 

Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof. Datuk/YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 

 

Announcement From: Faculty of Social Sciences and Humanities

 

The Faculty of Social Sciences and Humanities (Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan) is pleased to invite you to attend a talk given by Dr Bébio Amaro (Nagasaki University) entitled, "A Brief History of Nagasaki" on 1st March 2023 (Wednesday) at Bilik Mesyuarat Utama, FSSK (Social Sciences Building) from 10:00am - 11:30am. This talk will be moderated by Dr Maureen De Silva from FSSK's History program.

Please see Dr Bébio's bio attached in the poster. 

For more information about this talk and about FSSK mobility program and activities, please contact Dr Trixie Tangit, faculty mobility coordinator at Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. or +6011-1566-6329

Thank you.

 

Pengumuman Daripada: U-Science, UMS

 

 

=================================

PENGAMBILAN 'U-SCIENCE VOLUNTEER'

=================================

 

✔️ Adakah anda seorang yang petah berkomunikasi, bersemangat dan suka meneroka benda baharu?

✔️ Mempunyai minat dan bakat untuk menjadi 'wajah' dalam setiap aktiviti U-Science?

 

Jom sertai kami sebagai 'U-Science Volunteer'

 

Penyertaan terbuka kepada umum.

 

Sila imbas Kod QR yang tertera di poster atau tekan sahaja pautan ini:

https://forms.gle/kUQZbq6SHNEi3zUZ8

 

*Terma dan syarat pengambilan tertera di dalam borang permohonan.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.