Pengumuman Daripada: Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP)

 

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.

 

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Adalah dimaklumkan bahawa, FPP sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami.

 

2. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan di pautan berikut: https://forms.gle/RgD617i91PpoYdGD7

atau dengan mengimbas kod QR di dalam Flyer.

 

3. Pandangan YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini.

 

Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB) UMS

 

Akta Biokeselamatan 2007 telah berkuat kuasa pada 1 Disember 2009 bertujuan untuk mengawal selia pelepasan, pengimportan, pengeksportan dan kegunaan terkawal organisma diubah suai yang hidup [Living/genetically modified organisms (LMO/GMO)] dengan tujuan melindungi kesihatan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi.

 

Penganjuran taklimat ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai Akta Biokeselamatan 2007 kepada warga UMS terutamanya yang terlibat dengan aktiviti GMO agar dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan dalam pematuhan Akta Biokeselamatan 2007.

 

Sehubungan itu, YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dan kakitangan di jabatan YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan yang terlibat dengan aktiviti GMO terutamanya penyelidik adalah dijemput untuk mengikuti taklimat seperti yang dinyatakan pada ketetapan berikut:

 

TARIKH      : 2 MAC 2023 (KHAMIS)

MASA        : 9.15 PAGI - 12.00 T/HARI

PLATFORM  : Secara atas talian Webex https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=m780f3b862568a0b9f5d9f8ffa4ccd052

 

PENCERAMAH:

DR. MOHANA ANITA ANTHONYSAMY

KETUA PENOLONG PENGARAH,

SEKSYEN PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN,

JABATAN BIOKESELAMATAN, KEMENTERIAN SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

 

✅ Semua dijemput hadir terutamanya penyelidik yang terlibat dengan aktiviti kegunaan terkawal melibatkan organisma diubah suai yang hidup (LMO)

✅ Mata IDP akan diberikan

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.