Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB)

 

 

𝗜𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘁 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗿𝗶𝗻 𝗕𝗼𝗿𝗻𝗲𝗼 akan mengadakan Bengkel Pembenihan Udang Galah pada 6-7 Februari 2023 dan berita baik kepada kakitangan UMS yang berminat untuk mengikuti program ini, kadar yuran khas bagi kakitangan adalah seperti berikut :-

RM450 sahaja (kadar asal bagi peserta umum : RM600)

Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi:
En. Alwie : 0143555628
Pn Deidre: 0167733889

Pautan borang pendaftaran:
https://forms.gle/JtB4xg1tAwXTgSYs5

Tarikh tutup pendaftaran: 3 Februari 2023
* 𝙏𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩 𝙖𝙙𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙩𝙚𝙧𝙝𝙖𝙙*
** Dasar Pembatalan dan Bayaran Balik adalah terpakai

 _________________________________________________________________________

Borneo Marine Research Institute will be conducting a Workshop on Giant Freshwater Prawn Seed Production on 6-7 February 2023 and good news for UMS staff who are interested in joining this program, the special fee rate for staff is as follows :-

RM450 only (original rate for external participants : RM600)


For further information please contact:
Mr. Alwie : 0143555628
Ms Deidre: 0167733889

Registration form can be accessed by the link below:
https://forms.gle/JtB4xg1tAwXTgSYs5

Please register before: 3rd February 2023
Places are limited
**Cancellation and Refund Policies applied

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pemantauan & Pematuhan, Jabatan Bendahari

 

Salam sejahtera,


Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Bersama ini dilampirkan adalah perkara seperti berikut:-

  1. Infografik Pengecualian Cukai Di Bawah Subseksyen44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967 
  2. Infografik Soalan Lazim Pengecualian Cukai Di Bawah Subseksyen44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967 

Disertakan adalah pautan Borang Dan Senarai Semak Permohonan Pengecualian Cukai Pendapatan kepada perkara no.1 seperti berikut:

https://www.ums.edu.my/bendahari/images/2022/BORANG/Borang_Dan_Senarai_Semak_Permohonan_Pengecualian_Cukai_Pendapatan.pdf

 

Sehubungan dengan itu, mohon hebahan ke emel dan laman rasmi UMS.

 

Pengumuman ini adalah daripada Sektor Pemantauan & Pematuhan, Jabatan Bendahari.

 

Kerjasama dan perhatian tuan/puan berkenaan perkara ini adalah amat dihargai dan diucapkan terima kasih.


Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi telah menerima Nota Diplomatik daripada Kedutaan Besar Oman di Kuala Lumpur melalui Kementerian Luar Negeri berhubung hebahan mengenai "Platform Al Khalil" sebuah laman sesawang yang menawarkan peluang pembelajaran Bahasa Arab secara atas talian kepada penutur dan bukan penutur Bahasa Arab. Untuk makluman, platform ini menawarkan pembelajaran Bahasa Arab secara komprehensif kepada para pelajar dan pengajar.

Platform ini boleh dilayari di talian alkhalilarabic.com

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan salinan nota diplomatik berserta maklumat berkaitan untuk perhatian dan penyertaan bagi yang berminat.

 

Sekian, terima kasih.

 

Bahagian Hubungan Antarabangsa

Kementerian Pendidikan Tinggi

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

 

YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Sukacita diperingatkan bahawa permohonan CBTH dan GCR Tahun 2022 akan berakhir pada 15 Januari 2023, Ahad, pukul 11.59 malam.

Sepertimana pemakluman sebelum ini, sebarang permohonan selepas tarikh akhir tidak akan dipertimbangkan.

Sekian, terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.