Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan seluruh warga Perpustakaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Encik Baharin Entoh sempena pelantikan Ketua Perpustakaan Perubatan dan Hospital.

Semoga terus bertekad cemerlang dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.

Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat UMS

 

Kementerian Pendidikan Tinggi telah menerima pemakluman daripada pihak Kedutaan Besar Republik Turkiye di Kuala Lumpur berhubung penawaran biasiswa oleh Kerajaan Turkiye kepada semua pelajar Malaysia yang layak bagi tahun 2023. Untuk makluman jua, penawaran biasiswa ini terbuka bagi semua peringkat pengajian iaitu peringkat Ijazah Pertama, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah. Permohonan Biasiswa Türkiye bagi tahun 2023 ini TELAH dibuka antara 10 Januari sehingga 20 Februari 2023 bagi semua pelajar antarabangsa dari semua negara. Semua calon yang berminat boleh memohon melalui pautan berikut: https://www.turkiyeburslari.gov.tr/

Antara faedah yang ditawarkan kepada pelajar biasiswa adalah termasuk bonus dan elaun bulanan, yuran pengajian, insurans kesihatan, aktiviti pelajar dan rekreasi, elaun tempat tinggal, elaun tiket kapal terbang selain berpeluang menyertai program-program universiti. Para pelajar juga boleh mengambil peluang untuk mendaftar ke dalam kursus-kursus masa pendek Program Pembelajaran Bahasa Turkiye.

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini di lampirkan sesalinan poster hebahan biasiswa tersebut berserta maklumat berkaitan untuk makluman kepada semua calon yang berminat.

Sekian, terima kasih.

Sumber: Bahagian Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Tinggi

 

 

Pengumuman Daripada: Pejabat Penasihat Undang-Undang UMS (PPUU)

 

Klinik Guaman PPUU adalah CSR PPUU untuk membantu kakitangan dan pelajar UMS memahami masalah perundangan yang dihadapi bagi mengenal pasti potensi penyelesaian.

Pautan: Borang_Klinik_Guaman_PPUU_2021_2 (pdf.)

Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

 

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa kaji selidik darjah kegembiraan untuk Fasa 1 Tahun 2023 kini boleh diakses melalui pautan berikut;

https://registrar.ums.edu.my/staff/web/dkums/index

(Masukkan ID HrV4 dan klik "Kaji Selidik DK-UMS" pada menu sebelah kiri)

 

Semua warga UMS dijemput untuk mengisi kaji selidik ini. Kegembiraan anda keutamaan kami.

 

Terima kasih.

 

**********************************

 

ARE YOU HAPPY WORKING IN UMS?

"Your Happiness Is Our Priority"

Please answer the UMS Happiness Index survey through this link :

https://registrar.ums.edu.my/staff/web/dkums/index

(Enter your HrV4 ID click "Kaji Selidik DK-UMS" on your left side menu)

 

Thank you.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.