Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

Sukacitanya Pusat Islam mewakili pihak Universiti Malaysia Sabah mengucapkan ribuan terima kasih kepada agensi-agensi yang menyumbang kepada bantuan zakat pelajar asnaf UMS antaranya Lembaga Tabung Haji (TH), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Maybank, Ambank, Prudential BSN, eTIQA, Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan (SPPK), dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
 
Semoga agihan sumbangan zakat ini mampu meringankan bebanan pelajar dan membantu membangunkan taraf ekonomi asnaf UMS
 
#zakatmembawaberkat
#membangunbersamaasnaf
#UMSShare

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

 

HEBAHAN KEPUTUSAN PERMOHONAN ZAKAT PELAJAR SEMESTER I SESI 2023/2024
 
Semakan boleh dilakukan melalui portal:
 
 
📍Tertakluk kepada prosedur kewangan semasa Bendahari UMS dan Tabung Haji Negeri Sabah. Pihak Urusetia memohon maaf atas kelewatan bayaran disebabkan proses agihan dilakukan semasa penutupan akaun tahunan. Bayaran dijangkakan selesai dalam tempoh 1 bulan.
 
#UMSShare

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan dan Zakat, Pusat Islam UMS

 

Universiti Malaysia Sabah akan menerima semula (agihan wakalah zakat) 50% daripada jumlah pungutan zakat harta secara tahunan. Pulangan ini bakal dimanfaatkan kepada 4 golongan asnaf pelajar UMS iaitu Fakir, Miskin, Mualaf, dan Fisabilillah.
 
Oleh itu, marilah berzakat bersama Pusat Islam UMS bagi membantu kami untuk membantu golongan asnaf pelajar UMS.
 
Kaunter Zakat Pusat Islam UMS kini dibuka:
 
Tarikh : Setiap Hari Isnin - Jumaat
Masa : 9.00 Pagi - 3.00 Petang
Tempat : Pusat Islam UMS
 
Perkhidmatan disediakan:-
 
✅ Kutipan zakat (Pendapatan/Penggajian/Emas/Perniagaan/Dll)
✅ Kemaskini zakat penggajian
✅ Semakan dan taksiran zakat Penggajian
✅ Perundingan dan khidmat nasihat berkaitan zakat
 
Puan Noorisah Binti Taljid
📞0132855378
Encik Muhammad Nur Hilmi Bin Hermanto
📞 0143919821
Sektor Pendidikan & Zakat
Pusat Islam UMS
 
#jomberzakat
#zakatmembawaberkat
#UMSShare