Pengumuman Daripada: Pejabat Canselori
 
 
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM KESEDARAN MENGENAI PENYAKIT ARTHRITIS DI KALANGAN WARGA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) SECARA ATAS TALIAN (WEBEX)
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Canselori mengadakan Program Kesedaran mengenai Penyakit Arthritis di kalangan Warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) agar kakitangan faham dan menyedari akan kewujudan penyakit ini.
 
3.   Sehubungan itu, kami amat berbesar hati menjemput YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dan kakitangan seliaan YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri program ini seperti dalam ketetapan berikut:
 
Tarikh   
:21 Disember 2023 (Khamis)
Masa   
: 9.30 pagi – 11.30 pagi
Pautan Link (Webex)
https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=ma0406aa7bc1f85cc90ee63e7644e9447
Penceramah 
: Prof. Madya Dr. Malehah Mohd Noh, Timbalan Pengarah (Klinikal) HUMS

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dimaklumkan bahawa semua kakitangan UMS yang berstatus aktif WAJIB mengisi LNPT bagi tahun 2023 bermula 1 Disember 2023 .
 
Sehubungan itu, mohon agar semua Pegawai Yang Dinilai (PYD), Pegawai Penilai Pertama (PPP), Pegawai Penilai Kedua (PPK) dan Penilai Rakan Sekerja (PEER) dapat menyelesaikan tanggungjawab masing-masing mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Bersama ini dilampirkan Takwim Penilaian Prestasi (LNPT) Tahun Penilaian 2023 untuk rujukan bersama.
 
Sekian, harap maklum.
 
Pegawai dihubungi:
 
Pn. Carrie Grace Jaymess (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Akademik - Pn. Sabiah Bansai (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Pentadbiran - Pn. Linda Shirley Michael (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) menyeru seluruh warga UMS untuk menyertai Anugerah Harta Intelek Negara 2024 (AHIN2024), anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA 2024 - HARTA INTELEK NADI MALAYSIA MADANI
MyIPO dengan bangganya mengumumkan Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2024 sempena Hari Harta Intelek Negara yang akan diadakan pada 26 April 2024!
Jika anda memiliki karya, rekacipta atau inovasi yang hebat, ini adalah peluang anda untuk bersinar! Anugerah berprestij berikut menanti anda:
🏆 Pembangunan Lestari Harta Intelek Terbaik
🏆 Teknologi Hijau dan Alam Sekitar
🏆 Karya Lestari
🏆 Milenial (Pelajar Institut Kemahiran atau Setaraf)
🏆 Permata Cilik (Pelajar Sekolah Menengah)
Penyertaan kini dibuka kepada pemilik dan inovator di Malaysia! Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Februari 2024 (Jumaat), 5.00 petang.
 
Untuk sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Mari bersama-sama merayakan daya cipta negara dalam arena Harta Intelek! 🏅🇲🇾
#AHIN2024 #HHIN2024 #HariHartaIntelekNegara #BersamaMyIPO #MyIPOdihati #IPdihati #IP2U #MalaysiaMadani #HartaIntelek
 

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf

 

Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW), Universiti Malaysia Sabah mempelawa syarikat insurans untuk mengikuti taklimat khas bagi Tawaran Perkhidmatan Perlindungan Insurans Insurans Perubatan kepada Kakitangan Universiti Malaysia Sabah dan Tanggungan.

Sila Imbas Kod QR untuk Pendaftaran. Tarikh Tutup Pendaftaran adalah pada 31 Disember 2023.