Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat

 

Y.Bhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Ts./Tuan/Puan,

 

JEMPUTAN KE SIMPOSIUM TANDATANGAN DIGITAL MCMC 2023 - SABAH CHAPTER

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2.     Sukacita dimaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan menganjurkan Simposium Tandatangan Digital MCMC 2023 – Sabah Chapter seperti ketetapan berikut:

 

Tarikh       : 7 Disember 2023, Khamis

Masa         : 8.30 pagi – 5.00 petang

Tempat     : Hotel Hilton, Kota Kinabalu

 

3.        Simposium ini merupakan susulan dari persidangan Tandatangan Digital yang dianjurkan oleh MCMC di Ipoh pada Mei dan Johor Bahru pada Jun yang lalu, bertujuan untuk memberi kesedaran dan mempromosi penggunaan tandatangan digital di kalangan pemegang taruh yang terdiri dari agensi kerajaan (Persekutuan dan negeri), sektor korporat dan pengguna individu.

 

4.      Berikutan sambutan yang menggalakkan terhadap persidangan sebelum ini dan untuk memberi lebih pendedahan berkenaan tandatangan digital, simposium ini diharap dapat menjadi platform untuk pihak yang terlibat dalam ekosistem tandatangan digital iaitu pengawalselia (MCMC), Pihak Berkuasa Badan Pemerakuan Berlesen (Certification Authority, CA), dan pengguna untuk sama-sama membincangkan keperluan, isu, cabaran dan mencari penyelesaian untuk membolehkan dan menggalakkan penggunaan tandatangan digital yang lebih menyeluruh di negeri Sabah.

 

5.      Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai aspirasi MyDigital iaitu “Penerimagunaan sepenuhnya Tandatangan Digital dalam sektor awam menjelang tahun 2025”. MCMC bersama Kementerian komunikasi dan Digital (KKD) dan MAMPU adalah agensi peneraju untuk inisiatif ini di dalam memberi kesedaran kepada pemegang taruh untuk menggunakan tandatangan digital di dalam perkhidmatan kerajaan. Selain itu juga, MCMC juga bertindak sebagai pengawal selia tandatangan digital dibawah Akta Tandatangan Digital 1997.

 

6.     Sehubungan dengan itu, pihak MCMC berbesar hati ingin menjemput Y.Bhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Ts./Tuan/Puan untuk menghadiri simposium ini. Bagi tujuan pengesahan kehadiran, kerjasama Y.Bhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Ts./Tuan/Puan adalah dimohon untuk menggunakan sistem pendaftaran atas talian seperti di pautan di berikut https://bit.ly/PendaftaranSimposiumMCMC selewat-lewatnya pada 1 Disember 2023, Jumaat.  Untuk makluman, simposium ini adalah PERCUMA.

 

7.      Bersama-sama ini dilampirkan aturcara simposium untuk rujukan Y.Bhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Ts./Tuan/Puan. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan simposium ini, pihak Y.Bhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Ts./Tuan/Puan, boleh merujuk kepada laman sesawang simposium: https://bit.ly/SimposiumTTDMCMC   atau boleh berhubung terus dengan pegawai kami seperti di bawah:

 

i.            Norizan binti Ab Rahman           

Timbalan Pengarah

Jabatan Transformasi dan Penggunaan Digital

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

019-3110708/03-8688 8354

 

ii.          Mohd Amir Syafiq bin Ab Halim

Timbalan pengarah

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

013-322 7804 / 03-8688 8195

 

iii.         Muhammad Syafiq bin Norain

Penolong Pengarah

Jabatan Transformasi dan Penggunaan Digital

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

018-243 6681/03-8688 8374

 

8.      Kerjasama dan kehadiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Ts./Tuan/Puan ke simposium ini amat dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Yang Benar,

 

Norizan Ab Rahman
Deputy Director, Digital Transformation and Adoption Department
Digital Ecosystem Development Division

03-8688 8354 / 019-311 0708
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

Jemputan Menghadiri Taklimat Pangkalan Data LAWNET
 
🗓 23 November 2023 (Khamis)
🕘 10:00 Pagi
💻 Webex : https://bit.ly/40EQx4Y
🗣 En. Azriq Ezanie Satar Bin Aznee
[Senior Legal Editor, Percetakan Nasional Malaysia Berhad, PNMB]
 
📌Terbuka kepada semua warga Universiti Malaysia Sabah
📌 Mata IDP & SDP akan diberikan
 
Sekian, Terima Kasih.😀
 
#PangkalanData
#Lawnet
#PerpustakaanUMS

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan

 

 
Tuan/Puan,
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
MAKLUMAN LANJUTAN GANGGUAN SISTEM PENGHAWA DINGIN BERPUSAT DI PERPUSTAKAAN, UMS
 
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.               Dukacita dimaklumkan kerja-kerja pembaikan mash sedang giat dilaksanakan dan dijangka hanya siap pada hari Ahad, 29 November 2023. Pihak kami memohon maaf atas kelewatan ini yang disebabkan oleh isu teknikal yang berlaku diluar jangkaan.
 
3.              Sehubungan itu, pihak kami berharap agar pihak tuan dapat mengambil langkah alternatif untuk tidak menggunakan ruang legar dan auditorium dalam bangunan perpustakaan dalam tempoh ini bagi mengelakkan ketidakselesaan.
 
4.              Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara di atas pihak tuan boleh berhubung terus dengan Ts. Mohd Nadrie Hasfuan bin Hasanuddin (Jurutera Mekanikal) 
melalui No. Hp 019-6189548 atau emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Segala kesulitan amatlah dikesali.
Sekian, terima kasih.
 
Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, UMS

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 

 

PELAWAAN PENGISIAN PERMOHONAN PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN 
 
YBrs. Prof./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Jabatan Pendaftar mempelawa kepada semua kakitangan UMS Lantikan tetap/ baharu/lantikan semula/ tukar lantik yang memenuhi syarat untuk mengemukakan permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan.
 
Sekian, terima kasih.