Pengumuman Daripada: Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BKEPT), Jabatan Pendaftar

 

Salam Sejahtera,


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempelawa warganegara Malaysia yang berminat untuk memohon kemudahan Program Biasiswa Kerajaan Arab Saudi Tahun 2023 bagi mengikuti pengajian di peringkat:

  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana
  • Ijazah Kedoktoran


Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti Sains Politik, Undang-Undang, Pengkhususan Pendidikan, Pentadbiran Perniagaan, Ekonomi, Kejuruteraan, Sains Komputer, Pertanian, Syariah dan Pengajian Bahasa di universiti terpilih di Arab Saudi.


Calon perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur dan membuat permohonan secara dalam talian di laman sesawang berikut https://studyinsaudi.moe.gov.sa/

 

Dilampirkan bersama adalah Inforgrafik Hebahan pelawaan kemudahan program Biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi Tahun 2023.

 

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Gugusan Bahasa Asing dan Tempatan, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menganjurkan Program Malam Bahasa Antarabangsa dan Tempatan PPIB 2022 seperti ketetapan berikut:

 

🗓️Tarikh: 16 Disember 2022 (Jumaat)

⏰Masa: 7:00 malam

📌Tempat: Galeri Majlis, Aras 3, Bangunan Canselori

 

YBrs. Datuk/Datin/Prof. Dr./Prof Madya Dr./Dr./Tuan/Puan dan semua warga serta pelajar UMS diundang untuk menghadiri dan memeriahkan program tersebut.

 

🎉 Saksikan persembahan para pelajar yang terdiri daripada pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa untuk menunjukkan bakat mereka dalam bahasa yang dipelajari.

 

🎁 Cabutan tiket bertuah juga disediakan untuk penonton yang bertuah.

 

✅ Mata IDP/SDP akan diberikan

 

Kehadiran semua ke program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS)

 

Percuma!! Terhad kepada 60 orang peserta sahaja.

Pendaftaran dibuka sehingga 9 Disember 2022.

Maklumat program adalah seperti berikut:-
Tarikh      : 17 Disember 2022 (Sabtu)
Masa       : 8.00 pagi
Tempat   : Pusat Rawatan Warga, UMS

Link Pendaftaran: shorturl.at/rHMQT

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi urus setia di talian 088329054

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.