Pengumuman Daripada: Pejabat Penasihat Undang-Undang

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Pejabat Penasihat Undang-Undang UMS akan mengadakan sesi perkongsian pada ketetapan berikut :

1. Ceramah Integriti “Padah Salah Guna Kuasa” ; dan
2. Akta 605 :
- Surcaj, Perlaksanaan di Universiti Awam
- Penamatan Perkhidmatan Atas Kepentingan Awam

Tarikh: 29 November 2022 (Selasa)
Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
Platform: Webex
Pautan : https://ums-edu-my.webex.com/ums-edu-my/j.php?MTID=m88ebbc872ffc181db5cff03b723b2635

Penceramah Jemputan :
YBrs. Dr. Khairul Anuar Bin Che Azmi
Penasihat Undang-Undang
Universiti Sains Malaysia (USM)

Semua warga UMS dijemput hadir. Mata IDP akan diberikan kepada semua peserta.

 

Announcement From: UMS Library

 

UMS LIBRARY WILL BE TEMPORARILY CLOSED

28th November 2022 (Monday)

Any inquiry, kindly contact us through whatsApp 088-320232 or email at Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Visit us at https://ums.edu.my/library

Sorry for any inconvenience caused

#UMSLibrary

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 

YBrs Prof./ Dr./ Tuan/ Puan/ Saudara/Saudari,

 

Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar dengan kerjasama pihak Persatuan IKSnita Sabah akan mengadakan Majlis Perasmian dan Penutupan Bulan Keusahawanan UMS yang akan dirasmikan oleh Y.A.Bhg Toh Puan Datuk Seri Panglima (DR) Hajah Norlidah Binti Tan Sri Datuk R. M Jasni pada ketetapan berikut;

 

🗓️ 26 November 2022 (Sabtu)

🕥 8.30 pagi

📍 Dewan Bankuasi, UMS

 

Sehubungan dengan itu, pihak PKPKP berbesar hati menjemput YBrs Prof./ Dr./ Tuan / Puan/Saudara/Saudari untuk hadir bersama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut. E-sijil akan diberikan kepada mereka yang hadir.

 

#pkpkpUMS #UMS #UniversitiMalaysiaSabah #Sabah #KotaKinabalu #usahawansiswa #SiswapreneurUMS

 

Pengumuman Daripada: Speciality Program on Alcohol and Drug Abuse (SPADA), Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS

 

Membaca jambatan ilmu. Namun kebaikan membaca bukan sahaja terhad untuk menambah ilmu pengetahuan tetapi terdapat pelbagai kelebihan lain yang sudah terbukti menurut kajian sains. Antaranya, membaca boleh membantu menguatkan minda dengan kajian yang dilakukan mereka apabila mendapati bahawa ketersambungan otak meningkat dengan membaca, terutamanya dalam korteks somatosensori, bahagian otak yang bertindak balas pada sensasi fizikal. 

National Institute of Aging (NIH) pula mendapati bahawa dengan membaca, ia akan mengekalkan kesibukan minda apabila usia meningkat dan ini membawa kesan kepada pengekalan dan peningkatan fungsi kognitif otak. Terdapat juga kajian menyatakan bahawa membaca 30 minit dapat menurunkan tekanan darah, degupan jantung, dan perasaan tekanan psikologi, iaitu bersamaan dengan kesan senaman seperti yoga dan jenaka.

Sehubungan dengan itu, tidak dinafikan lagi bahawa kepentingan membaca dalam kehidupan manusia. Namun bagi penghuni PUSPEN Papar, peluang untuk membaca agak terhad buat mereka kerana kekurangan buku atau majalah untuk dibaca. Sedangkan mereka mungkin antara individu yang paling mendapat manfaat daripada sudut peningkatan fungsi kognitif otak jika peluang membaca diberikan kepada mereka.

Justeru, projek ini yang mendapat inspirasi daripada permintaan seorang penghuni yang mahu membaca, ingin mengumpulkan seberapa banyak buku baru mahupun terpakai daripada pelbagai genre untuk diserahkan kepada pihak PUSPEN seterusnya memberikan manfaat kepada penghuninya.

Kami merayu sekiranya terdapat buku-buku terpakai atau lama yang tidak diperlukan lagi, manfaatkannya atau dermakannya kepada kami untuk disalurkan kepada penghuni-penghuni Puspen Papar yang dahagakan ilmu pengetahuan. Barangkali buku anda boleh mengubah nasib mereka.

Terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.