Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar 
 
 
 
❗ Tamu Mingguan UMS Kembali Lagi 🤯 ❗
 
| PENCARIAN VENDOR & PENDAFTARAN TAMU MYRAKYAT@UMS |
 
Tamu Mingguan UMS yang dinanti-nantikan akan kembali lagi dengan jenama baru sebagai " Tamu MyRakyat @ UMS ". Tamu MyRakyat @ UMS adalah hasil kerjasama antara Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP) UMS, Canselor UMS, bersama dengan FAMA.
 
📅 Tarikh : Setiap hari khamis, dari 12 Oktober 2023
⏰ Masa : 1 Petang - 7 Malam
📍 Tempat : Padang Kawad UMS
 
 
Jenis-jenis Vendor
———
✅ Makanan dan Minuman
✅ Pakaian dan Aksesori
✅ Seni dan Kraf
✅ Bahan Basah yang Segar
✅ Kecantikan dan Kesihatan
✅ Perkhidmatan; Henna, Gunting Rambut, dan Urut Sukan
 
Sewa
———
RM15 (Pelajar)
disediakan;
/ 1 khemah (10ft x 10ft)
/ 1 meja
 
📌 Jom daftar sekarang !
https://bit.ly/tamuuptown4
 
Untuk pertanyaan lebih lanjut atau pendaftaran:
untuk Staff UMS, Alumni UMS, dan Orang Luar sila hubungi;
📞 0198715523
📞 0138585826
 
untuk Pelajar UMS sila hubungi;
📞 0143533648
📞 013-4061004
 
Jumpa anda di sana 🚀

 

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, 

 

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN JABATAN PERPUSTAKAAN TAHUN 2023  

 

Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang sedia ada secara berterusan, mohon jasa baik YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan Jabatan Perpustakaan dan memberikan maklum balas serta cadangan penambahbaikan.  

 

Hasil kajian akan digunakan untuk menambah baik perkhidmatan kepada pelanggan pada masa hadapan. Sila Imbas Kod QR Di Atas Atau Melaui Pautan: https://tinyurl.com/4bfua75t

 

Perhatian dan maklum balas YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

 

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh / Salam Sejahtera,
 
YBhg. Tan Sri/ Dato’ Seri/ Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan,
 
Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.
 
2.  Adalah dimaklumkan bahawa Pengauditan Nilai bagi SPAN 2.0 Perkhidmatan Awam akan dilaksanakan melalui Inventori Sistem Audit Nilai (iNSAN). Sehubungan dengan itu, sesi PENGAUDITAN NILAI 2023 bagi agensi UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) akan bermula 1 SEPTEMBER 2023 sehingga 30 NOVEMBER 2023.
 
3. Sehubungan itu, semua KAKITANGAN UMS dipohon untuk mengisi INVENTORI PENILAIAN IDEAL PERIBADI ORGANISASI melalui pautan berikut selewat-lewatnya pada 15 NOVEMBER 2023;
 
https://insan.jpa.gov.my/invitation/bf8ca6ce-2a05-4690-8f44-4e9820073e8c
 
4. Inventori Sistem Audit Nilai (iNSAN) ini sesuai dilayari menggunakan pelayar Firefox, Chrome, Safari dan Microsoft Edge.
 
Kerjasama dan tindakan berkaitan perkara ini amat dihargai. 
 
Terima kasih.