Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan
 
 
 
BENGKEL PEMERKASAAN KERTAS CADANGAN GERAN FRGS FASA 2/2023 KLUSTER SAINS 
 

Sukacita dimaklumkan Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Bengkel Pemerkasaan Kertas Cadangan Geran FRGS Fasa 2/2023 Kluster Sains berdasarkan kepada ketetapan berikut : 

Tarikh          : 17 Oktober 2023 (Selasa)

Masa            8 pagi- 04:30 petang

Tempat        Dewan Bankuasi, PKPP Dewan Canselor

Penceramah Jemputan : Prof. Dr. Ku Rohana Ku Mahamud, Universiti Utara Malaysia

Penyertaan adalah dibuka kepada : 

 

  • Pensyarah/Penyelidik yang belum mempunyai geran FRGS
  • Pensyarah/Penyelidik disarankan kertas cadangan agar sesi hands-on dapat dimanfaatkan 
  • Pensyarah/Penyelidik dimohon membawa komputer riba masing-masing

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian dibawah:

Puan Hetty Hazwani : 013- 8852373

Puan Annie : 016- 8400646

 

Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Bioteknologi 

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. 

YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan, 

  

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN INSTITUT PENYELIDIKAN BIOTEKNOLOGI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 

  

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

  

2.    Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof/Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan dengan mengimbas kod QR pada flyer atau melalui pautan https://forms.gle/zRey3xNSZMWsMYAt9 . 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

  

Sekian. 

 

Pengumuman Daripada: One Health Student Club (OHSC), Universiti Malaysia Sabah

 
 
Salam Sejahtera kepada Semua Mahasiswa dan Pensyarah UMS,
 
Ditubuhkan sejak Mei 2023, One Health Student Club (OHSC) merupakan kelab baharu di bawah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sabah yang menekankan konsep One Health. Kelab ini dipercayai mampu menjadi satu platform bagi mahasiswa untuk berkongsi minat dalam pendekatan One Health dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang memberi kesedaran mengenai kesihatan manusia, haiwan, dan alam sekitar. 
 
Pelbagai aktiviti menarik telah kami anjurkan sehingga kini. Kenali OHSC dengan surat berita pertama kami di SINI.