Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS

 

Jom menjana pendapatan di pasaran Global iaitu Etsy dan Ebay.

Peluang menakluk global dengan menyertai latihan pemantapan pemasaran perniagaan di

✅ 2 platform e-dagang Global - Ebay dan Etsy.

✅ 3 hari latihan (Pertengahan Nov 2022)

✅ 12 bulan rujukan

Penyertaan adalah terhad kepada 300 usahawan siswa sahaja (pelajar diploma, prasiswazah dan pascasiswazah) 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐩𝐚𝐝𝐚 14 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟐 (Jumaat)! Daftar sekarang di pautan https://bit.ly/siswamallEEUMS

Maklumat lanjut sila hubungi 0198320212 / 0146743342/ 013 4061004

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam UMS akan mengadakan Pertandingan Kontinjen Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1444H/2022M peringkat Universiti Malaysia Sabah pada ketetapan berikut:

                      Tarikh    : 28 Oktober 2022 (Jumaat)

                        Masa      : 7.15 Pagi

                        Tempat  : Dataran Masjid UMS ke Pusat Islam

3. Sehubungan itu, kami menjemput YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan di setiap JAFPIB UMS menyertai pertandingan kontinjen perarakan tersebut. Bersama-sama dengan surat ini disertakan poster pertandingan perarakan kontinjen terbaik, syarat-syarat pertandingan kontinjen terbaik, pelan laluan perarakan dan borang penyertaan pertandingan kontinjen terbaik untuk rujukan dan tindakan YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan selanjutnya.

Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dalam perkara ini terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sila klik pautan ini: Syarat-syarat pertandingan kontinjen dan sepanduk

 

Pengumuman Daripada: Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS)

 

Berita Baik!!!

Pendaftaran masih lagi dibuka dan pendaftaran 'EARLY BIRD' dilanjutkan sehingga 31 Oktober 2022. Penyertaan daripada anda semua amat di alu-alukan...

Maklumat program adalah seperti berikut;

 

Tarikh      : 3 Disember 2022 (Sabtu)

Masa       : 6 pagi

Tempat   : Padang Kawad, UMS

Kategori: 1) 3KM Fun Run

                 2) 10KM (terbuka & veteran)

 

Setiap peserta akan mendapat sehelai t’shirt, bib larian serta medal. Juara, naib juara dan pemenang tempat ketiga bagi kategori 10KM akan memenangi hadiah wang tunai💸💸

 

Link Pendaftaran: https://forms.gle/w7HBa3CRBFdvgqvMA

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia di talian 088320797.

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pengembangan Profesionalisme, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

 

Salam Sejahtera,


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan meneruskan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi Staf bukan Akademik di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Gred 41 ke atas yang berkhidmat di bawah Universiti Awam.

Sehubungan dengan itu, pegawai-pegawai yang berminat dialu-alukan untuk membuat permohonan secara dalam talian di pautan https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp/index_login.php atau melalui portal rasmi KPT www.mohe.gov.my. Tawaran permohonan ini akan dibuka selama tiga (3) bulan mulai 3 Oktober 2022 hingga 31 Disember 2022. Permohonan yang diterima selepas jam 5 petang, 31 Disember 2022 tidak akan diproses dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Dilampirkan bersama adalah Infografik Tawaran Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi Staf Bukan Akademik Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Sekian, terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.