Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA)

 

Sukacita dimaklumkan bahawa CAED Teaching and Learning (Google Drive) telah dipindahkan ke CAED Repository (Sharepoint). Semua Garis Panduan, templat dan dokumen berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran telah dihimpunkan ke dalam sharepoint ini sebagai rujukan semua ahli akademik UMS dari semasa ke semasa.

Sehubungan dengan itu, bersama ini dikongsikan poster pemakluman untuk perhatian dan rujukan lanjut:

Pautan CAED Repository (Sharepoint):

https://bit.ly/UMS_CAED_Repository  

Perhatian dan kerjasama yang diberikan berhubung pemakluman ini amat diharapkan dan didahului dengan terima kasih.

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA)

Merujuk kepada pengumuman yang dikeluarkan oleh pihak PPKA pada 4 Oktober 2022 yang lalu, terdapat ralat pada pautan Templat Penyediaan Maklumat Kursus di Fakulti/Akademi/Pusat/Institut yang telah diedarkan sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, berikut adalah pautan (baru) templat penyediaan maklumat kursus (Table 4 V2.0) yang disediakan oleh pihak PPKA bersesuaian dengan Advisory Note PPKA 1/2022 dan arahan pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pemakaian templat ini berkuatkuasa digunapakai pada Semester 1 Sesi 2022/2023.

Pautan (Baru) Templat Penyediaan Maklumat Kursus (Table 4 V2.0):

https://bit.ly/UMS_CAED_Repository_Course_Information

Perhatian dan kerjasama yang diberikan berhubung ralat ini amat diharapkan dan didahului dengan terima kasih. Pihak PPKA memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Akademi Profesor Malaysia (APM) melalui Kluster Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial akan menganjurkan Wacana Akademi Profesor secara atas talian bertajuk “Pandemik ke Endemik: Cabaran Kelangsungan Hidup Keluarga Malaysia”. Sukacitanya APM mengalu-alukan penyertaan anda semua ke wacana tersebut. Butiran wacana adalah seperti berikut:

Tajuk: Pandemik ke Endemik: Cabaran Kelangsungan Hidup Keluarga Malaysia

Tarikh: 13 Oktober 2022 (Khamis)

Masa: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari

Anjuran: Kluster Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial, APM

Panelis:

  1. Prof. Datuk Dr. Hj. Rohaizat Hj Yon, Profesor dan Konsultan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Management & Science University (MSU) (Mantan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan KKM)
  2. Prof. Madya Dr. Ahmad Rizal Mazlan, Pengarah, Institut Pertumbuhan Mapan dan Pembangunan Bandar, Universiti Utara Malaysia (UUMKL)
  3. Prof. Dr. Nor Aishah Buang, Pengerusi Bersama Kluster Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial, APM dan Profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Prof. Dr. Hj. Mohd. Dahlan Hj. Abdul Malek, Ahli APM, Ahli MDPI & Dekan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Moderator:

Prof. Dr. Rosylin Mohd Yusof, Pengerusi Kluster Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial, APM dan Dekan Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM)

Platform:

1. Pendaftaran Zoom: https://bit.ly/3RLXnR7

2. Youtube Live: https://bit.ly/3pHK4EG

 

E-sijil disediakan. Sekian terima kasih

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.