Pengumuman Daripada: Bahagian Keselamatan
Tarikh : 22 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa : 0700 – 1700
Tempat : Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke-2 dan Sekitarnya
Pengumuman Daripada: Bahagian Keselamatan
Tarikh : 22 Oktober 2022 (Sabtu)
Masa : 0700 – 1700
Tempat : Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke-2 dan Sekitarnya
Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Pengumuman Daripada: Bahagian Perkhidmatan Akademik
Sukacita dilampirkan infografik terkini berkenaan peminjaman komputer riba dan converter bagi tujuan pengkuliahan. Mohon abaikan hebahan yang telah dikeluarkan pada 14 Oktober 2022. Sebarang kesulitan yang timbul berkenaan perkara ini amatlah dikesali.
Sekian.
Pengumuman Daripada: Bahagian Pentadbiran dan Governan, Jabatan Pendaftar
Pengumuman Daripada: Pentadbir E-mel UMS
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua Pelajar UMS,
Pada masa ini, akaun UMS di bawah domain pelajar mempunyai storan tanpa had untuk penggunaan Google Drive, Gmail dan Google Photos. Penggunaan semasa keseluruhan Warga UMS sekarang adalah 232.57 TB.
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, Google telah mengumumkan plan storan baharu iaitu hanya 100 TB pool storage di mana ianya akan dikongsi seluruh warga UMS di bawah lesen Google Workspace for Fundamentals (dahulunya dikenali sebagai G Suite for Education) berkuatkuasa pada 1 Dis 2022.
Sebagai persediaan, semua pelajar UMS perlu melakukan semakan / audit kendiri penggunaan storan khususnya aplikasi Google Drive.
Pelajar UMS perlu memindahkan fail-fail yang jarang diakses kepada storan lokal (komputer) atau memadamkan sebarang fail yang tidak diperlukan di dalam aplikasi Drive, Gmail dan Photos.
Pelajar juga boleh memindahkan fail yang bersaiz besar yang masih diperlukan ke OneDrive Microsoft 365 di mana kapasiti yang dibenarkan adalah sehingga 1 TB.
Pihak pentadbir emel UMS akan menghadkan kuota storan sebanyak 5 GB untuk setiap pelajar UMS dan akan sentiasa memantau penggunaan storan warga UMS selepas ini.
Masalah-masalah berikut akan berlaku jika pengguna menggunakan storan melebihi 5 GB :
Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk pengemaskinian kendiri storan google UMS:
Right click fail yang hendak dipadamkan dan pilih remove & Empty trash.
Langkah-langkah ini perlu dilakukan segera sebelum 15 Nov 2022. Bermula 1 Dis 2022, kami akan melaksanakan had storan pada semua warga UMS.
Segala kerjasama dan tindakan tuan/puan, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Terima kasih
Pentadbir Emel UMS
Hubungi JTMK Helpdesk di :
Direct Line : 088-329 000
Whatsapp : 088-329 000
Telegram : @kukuro_bot
Terma Pengguna | Penafian | Dasar Privasi | Polisi Keselamatan | Dasar Hak Cipta | Paparan Terbaik 1366x768