Pengumuman Daripada: Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri (PKLI)

 

Calon-calon yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon program sangkutan CEO@Faculty 2.0 yang mana para akademia yang terpilih akan ditempatkan di organisasi CEO yang dilantik ke UMS melalui Program CEO@Faculty 1.0 “Learn from the Pros” untuk tempoh enam (6) bulan bagi memberi peluang kepada mereka untuk mendalami serta menerapkan ilmu-ilmu kepimpinan di peringkat universiti dikalangan staf akademik dan setaf pentadbiran dalam mempersiapkan diri sebagai pemimpin yang akan membantu dalam memperkasakan universiti serta bakal pemimpin yang akan menerajui pengurusan tertinggi universiti pada masa akan datang.

Objektif utama program CEO@Faculty 2.0 ini adalah untuk:

  1. Menyediakan platform pendedahan industri kepada staf akademik dan staf pentadbiran
  2. Memperoleh pengalaman dan pengetahuan secara bimbingan peribadi daripada CEO dan kepimpinan tertinggi syarikat sangkutan industri;
  3. Berperanan secara inklusif dan komprehensif di dalam memacu jalinan kolaborasi industri dan universiti yang berimpak tinggi; dan
  4. Menyebarluaskan pengalaman di industri dengan memupuk nilai etika kerja efisien kepada pensyarah lain serta memperkukuhkan budaya kerja di universiti ke arah kecemerlangan korporat.

Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan melalui pautan: https://bit.ly/3sA3lJO

Tempoh Permohonan : 27 Oktober 2022 hingga 4 November 2022.

 

Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri

Universiti Malaysia Sabah

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

 

YBhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan, jika Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan menerima email seperti butiran di bawah adalah SAH daripada pihak teknikal SISTEM GOVERNMENT RESOURCE PLANNING (GRP 9.0). Sila gunakan maklumat tersebut dan menukar kepada kata laluan yang baru.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti Malaysia Sabah Bagi Tahun 2022 / 1444H akan berlangsung esok di Dewan Seminar, Pusat Islam UMS.

Acara bermula dengan perarakan kontinjen dari pelbagai Jabatan, Akademi, Fakulti, Pusat, Institut dan Bahagian di perkarangan Masjid UMS.

Majlis turut diserikan dengan ceramah perdana yang disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

 

Tarikh : 27 Oktober 2022 (Khamis)
Masa : 10.30 pagi - 4.00 petang
Tempat : Galeri Majlis, Bangunan Canselori, UMS

 

Tarikh : 31 Oktober 2022 (Isnin)

Masa : 10.30 pagi - 4.00 petang

Tempat : Lobi Blok Utara, Bangunan Canselori, UMS


Sila hubungi Pegawai Penyelaras MAKSAK, Pn. Nurul Izzati Ibrahim 011-2534 4996

Kehadiran pihak YBhg. Prof. Datuk/ YBrs. Prof. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan/ Puan ke program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.