Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains 

 

Kenyataan Jualan Lelong Aset Alih di Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains 

Semua Kakitangan 

Universiti Malaysia Sabah 

 

YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, 

 

PELUPUSAN ASET ALIH SECARA JUALAN LELONG DI PUSAT INSTRUMENTASI DAN PERKHIDMATAN SAINS (PIPS) 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS) akan mengadakan pelupusan aset alih secara jualan lelongan pada ketetapan yang berikut:

Tarikh      :               26 Mac 2025 (Rabu) 

Masa       :                 9.00 Pagi – 12.00 Tengah hari 

Tempat     :               Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS) 

Jualan lelong aset ini adalah terbuka kepada semua kakitangan UMS dan orang awam. Bersama surat ini disertakan Kenyataan Jualan Lelongan Aset Alih (KEW.PA-27) sebagai rujukan dan hebahan pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Sebarang pertanyaan dan makluman lanjut bolehlah berhubung dengan En. Timani Kumin (014-8703472). 

Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga UMS & HUMS

 
⚡🦷SAKIT GIGI, INGAT ALAWA🦷⚡
 
Tahukah Anda? Kemudahan rawatan pergigian (RM300) boleh digunakan di ALAWA‼️‼️
 
Berikut adalah infografik Jenis-jenis Rawatan Pergigian dan Panduan Tuntutan untuk Kakitangan UMS dan HUMS.
 
Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Nombor yang tertera di dalam infografik.
 
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rawatan pergigian berhampiran pejabat anda‼️
 
Info dikeluarkan oleh:
 
 Business Development Unit HUMS
💻📨 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 
☎️ 016 825 8215 (Pn. Nurhanis Afiqah Kassim) / 016 806 5272 (Pn. Linda Shirley Michael)

 

Pengumuman Daripada: Pejabat Canselori

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
 
YBhg. Prof. Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA
 
Pemakluman penutupan sementara Surau Lelaki dan Wanita di  Bangunan Canselori pada tarikh seperti berikut:
 
Tarikh: 21 Mac 2025 sehingga 25 Mac 2025
Tujuan: untuk memberi laluan kerja-kerja pemasangan alat pendingin hawa (Split Unit) dan kerja-kerja pembersihan.
 
Segala kesulitan amatlah dikesali dan sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Pejabat Canselori melalui (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).
 
Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

⌛ 5 WAKTU PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH ⌛
 
"Nabi SAW memerintahkan untuk membayar zakat fitrah sebelum orang ramai keluar untuk mengerjakan solat (hari raya).”
 
(Riwayat Bukhari: 1509)
 
📌Kaunter Zakat Fitrah Pusat Islam UMS dibuka di sekitar kawasan UMS seperti Masjid UMS, Pusat Islam UMS, Bangunan Canselori, Perpustakaan, Bahagian Keselamatan.
 
📌Pembayaran adalah secara tunai atau QRPAY
 
📍Amil Zakat Fitrah UMS
1. Encik Hilmi (wa.me/60143919821)
2. Encik Azrin (wa.me/60168653865)
3. Encik Selamat (wa.me/60105885926)
4. Ustaz Nazrie (wa.me/60148660654)
 
Sebarang Persoalan, Sila hubungi: 088-320 624
 
#jomberzakat
#UMSshare