Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

 

Dimaklumkan bahawa Kaji Selidik Darjah Kegembiraan (DK-UMS) bagi Tahun 2025 kini dibuka untuk pengisian melalui QR yang tertera atau pautan dibawah;

https://registrar.ums.edu.my/staff/web/dkums/index 

 

Please answer the UMS Happiness Index Survey through this link:

https://registrar.ums.edu.my/staff/web/dkums/index 

Thank you.

 

4 mata IDP UMUM akan diberikan kepada kakitangan yang mengisi kaji selidik ini.

 

Sebarang pertanyaan lanjut:

Sektor Prestasi dan Psikologi

💻📨 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

📝📲 0168917313 / 0168065272 / 0168446578

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

 

Dimaklumkan bahawa Permohonan Rayuan Semakan Semula Markah LNPT Akademik & Pentadbiran Tahun 2024 telah dibuka bermula 7 Mac 2024 sehingga 7 April 2024.
 
Sehubungan itu, semua kakitangan Akademik dan Pentadbiran adalah WAJIB untuk membuat semakan markah masing-masing bagi LNPT Tahun Penilaian 2024 dan memberikan maklumbalas setuju atau tidak setuju.
 
Kakitangan yang TIDAK membuat sebarang pengesahan dalam tempoh masa yang diberikan, dianggap bersetuju dan berpuas hati dengan penilaian yang diberikan.
 
Kerjasama semua amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa sempena bulan Ramadan 1446H, Jabatan Pendaftar akan mengadakan Program Kasih Ramadan 2025, yang melibatkan aktiviti Gotong Royong Penyediaan dan Pengagihan Juadah Berbuka Puasa [Bubur Pulut Hitam].

Butiran pengagihan adalah seperti berikut:

📆 Tarikh: 21 Mac 2025 (Jumaat)

⏰ Masa: 4.00 petang

📍 Tempat: Bulatan Utama (roundabout) UMS #Rujuk Poster

 

Semoga program ini berjalan lancar dan diberkati oleh Allah SWT.

 

 

Pengumuman Daripada: Hospital UMS

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
 
YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan hormatnya, Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) ingin menjemput semua kakitangan UMS untuk menghadiri Bengkel Konsep & Amalan Profesional: Hospital Mesra Ibadah dengan tema “Hospital Pakar UMS: Ladang Pahalaku”.
 
Butiran program adalah seperti berikut:
📅 Tarikh: 21 Mac 2025 (Jumaat)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 3.30 petang
📍 Lokasi: Auditorium Utama, Blok B, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
 
Bengkel ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep Hospital Mesra Ibadah serta mengukuhkan pemahaman mengenai pelaksanaan standard hospital yang mesra ibadah. Program ini akan menampilkan penceramah jemputan:
🎤 Dr. Ishak bin Mas’ud – Pengarah Hospital Al-Islam, Kuala Lumpur
🎤 Ustazah Dr. Hajah Suhailah binti Abdul Muin – Ketua Program Peradaban Islam, Fakulti Pengajian Islam
 
Manakala sesi panel forum akan dikendalikan oleh:
🎙 Dr. Sarip bin Adul – Pengarah Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah
✅ Penyertaan adalah percuma untuk semua kakitangan
✅ Mata IDP disediakan
 
Jadual penuh program boleh dirujuk dalam poster yang dilampirkan. Kami amat menggalakkan kehadiran semua kakitangan bagi bersama-sama memperkasa nilai ibadah dalam ekosistem hospital.
 
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Puan Azimah Binti Rahmat  melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Sekian, terima kasih.