Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP)

 

YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa, PPP sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan.

2. Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan di pautan berikut:

https://tinyurl.com/y74m5efz

3. Pandangan YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini.

Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Bioteknologi

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

 
YBrs Prof. Dr./ Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
Sukacitanya  YBrs Prof. Dr./ Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan dijemput untuk bersama-sama menghadiri 'BRI Sharing Session' yang akan dijalankan secara atas talian mengikut ketetapan berikut:
 
Tarikh: 5 Julai 2022 (Selasa)
 Masa: 10.00 Pagi - 12.00 Tghari
 Penceramah: Assoc. Prof. Ts. Dr. Goh Pei Sean, Research Fellow (Advanced Membrane Research Technology Research Centre (AMTEC),       UTM), Associate Professor (Faculty of Chemical and Energy Engineering, UTM)
 Tajuk Ceramah: Strategies to Write a Review Paper
Penyertaan adalah percuma dan mata IDP disediakan
 
Sekian, terima kasih. 
 

 

KOTA KINABALU - Seramai 4,319 graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang menamatkan pengajian pada tahun lalu menerima skrol masing-masing pada Majlis Konvokesyen UMS ke-23 selama tiga hari bermula hari ini di Dewan Canselor kata Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin.

Taufiq berkata daripada jumlah itu seramai 3,664 orang menerima Ijazah Sarjana Muda, Sarjana (357), Diploma (134), Diploma Pasca (87) dan Doktor Falsafah (77) yang menyaksikan 60 peratus graduan adalah pelajar berasal dari Sabah manakala selebihnya daripada negeri-negeri lain serta pelajar antarabangsa.

Beliau berkata sepanjang tiga hari majlis itu, sebanyak enam sidang akan berlangsung iaitu pada hari pertama dengan keberangkatan tiba Yang Dipertua Negeri Sabah merangkap Canselor UMS Tun Juhar Mahiruddin bagi menyampaikan skrol kepada graduan manakala sidang seterusnya oleh Pro-Canselor UMS Tan Sri Azman Hashim.

"Graduan pada sidang satu terdiri daripada pascasiswazah bersama-sama 27 orang graduan kumpulan pertama Ijazah Sarjana Muda Pendarasan (Pengajian) Islam dari Fakulti Pengajian Islam yang baharu ditubuhkan (tahun lalu) akan menerima skrol masing-masing,” katanya dalam temu bual bersama Bernama di sini baru-baru ini.

Sepanjang tiga hari majlis berkenaan berlangsung, aktiviti tamu gadang juga turut diadakan yang merupakan acara tradisi setiap kali majlis konvokesyen diadakan di universiti itu yang kini telah berusia hampir 28 tahun.

Taufiq berkata pihak UMS juga masih menetapkan kepada semua graduan, ibu bapa mahupun petugas yang terlibat agar memakai pelitup hidung dan mulut ketika berada di dalam dewan sepanjang majlis konvokesyen berlangsung.

Dalam pada itu, Taufiq turut melahirkan rasa kesyukuran dan berbangga apabila kebolehpasaran graduan UMS meningkat iaitu daripada 90 peratus pada 2019 kepada 96.2 peratus pada tahun lalu melebihi daripada sasaran iaitu 94 peratus.

Beliau berkata usaha berkenaan adalah hasil daripada Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar yang mengadakan pelbagai program untuk para graduan UMS antaranya termasuk upskilling, reskilling dan penempatan pekerjaan menerusi Penjana KPT CAP, KPT @state dan KPT PACE pada tahun lalu.

"Pada awal tahun ini juga, Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar telah menerima dana Khazanah Nasional MySTEP negeri Sabah daripada Britay Asia (M) Sdn Bhd berjumlah RM1.4 juta dan turut menerima dana Penjana KPT berjumlah RM750,340 menjadikan jumlah keseluruhan dana yang diperoleh sebanyak RM4.7 juta.

"Dana-dana yang diperolehi ini banyak membantu khususnya membiayai pelbagai aktiviti dan program berkaitan dengan keusahawanan, latihan bagi menjana pendapatan kepada pelajar serta graduan terutamanya yang sedang mencari pekerjaan," katanya sambil mengharapkan graduan UMS agar menjadi insan yang bertanggungjawab, berintegriti, berguna kepada masyarakat di samping tidak melupakan ibu bapa termasuk ahli keluarga yang turut memberi sokongan ketika berada di kampus UMS.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.