Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, UMS

 

Warga Kampus yang dihormati sekalian, dimaklumkan bahawa sistem pengawal (controller) jam di Menara Jam kini mengalami kerosakan. Justeru, pihak kami sedang giat berusaha untuk mendapatkan alat ganti yang sesuai bagi memulihkan kerosakan ini secepat mungkin.  Dijangkakan proses pembaikan ini akan mengambil masa tertakluk kepada keberadaan alat ganti alternatif yg boleh diperolehi di pasaran. Oleh yang demikian, sebarang kesulitan yang dihadapi oleh warga kampus kini amatlah dikesali. 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan/puan boleh menghubungi Ketua Bahagian Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (Ts. Nurul Ain Binti Abdullah -013-8791017).

 

Sekian, terima kasih dan harap maklum. 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP)

 
 
PERTANDINGAN PROJEK PENYELIDIKAN INOVASI NANOTEKNOLOGI (PIN)
 
Pertandingan Projek Penyelidikan Inovasi Nanoteknologi (PIN) Peringkat Kebangsaan 2022 anjuran Pusat Nanoteknologi Kebangsaan, MOSTI kini dibuka untuk penyertaan.

Ayuh sertai sekarang!
📌Terbuka kepada semua pelajar
Sarjana dan Doktor Falsafah di IPTA dan IPTS di Malaysia.
📌Tarikh tutup : 30 Julai 2022
📌Syarat-syarat pertandingan dan maklumat lanjut Pertandingan PIN 2022 layari pautan https://bit.ly/3NNreGU
 
.
#mosti #stie #STIpemacuekonomi #projekpenyelidikaninovasi #inovasinanoteknologi #nanoteknologi #MerakyatkanSains #MenginsankanTeknologi #nncmosti
 

 

Pengumuman Daripada: U-Science, UMS

Salam Sejahtera Semua…

Bah jom sertai

 

PROGRAM 3S : STEM SPEAKER SERIES

Tajuk: Genetics : The Code Of Life

️Tarikh : 16th June 2022

Hari : Khamis

️Masa : 12.00 tengah hari

 

YouTube Live Pautan Link : https://youtu.be/_2U0L7D3dP8

 

Penyertaan adalah PERCUMA untuk semua

Peserta akan mendapat E-Sijil.

Anjuran U-Science UMS dengan Sokongan  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah

Jom Follow:

Facebook: https://www.facebook.com/Uscience-UMS-107059204930998/

Instagram: https://www.instagram.com/Uscience_UMS.Official

YouTube: https://www.youtube.com/channel/UCtD_hus5OG-II22UYgfb9Hg

 

#KSTI

#UniversitiMalaysiaSabah

#U-ScienceUMS

#3SSTEMspeakerseries

#sokongpendidikanSTEM

#welearnweplaywediscover

#STEMUMS

#MSN2022

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Dr. /Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa, Pusat Islam UMS sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan kami di pautan berikut:

shorturl.at/cuGW3

atau dengan mengimbas QR di dalam Flyer

Maklumbalas anda amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini.

Sekian.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.