Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof./Dr. /Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Pascasiswazah UMS sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan kami di pautan berikut:
Klik Di Sini
atau dengan mengimbas kod QR di dalam poster.
Maklum balas anda amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini.
Sekian.