Pengumuman Daripada: Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA)

 

Bahagian Perkhidmatan Akademik, Jabatan Pendaftar sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada semua pelanggan. bagi mencapai tujuan tersebut tuan/puan dipohon untuk memberi maklum balas dan cadangan dengan melengkapkan borang soal selidik di pautan: http://qr.page/g/4RCwJ0I1LDR.

Kerjasama serta masa yang diluangkan menjawab kajian ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengajian Pascasiswazah

 

YBhg. Prof./Dr. /Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Pascasiswazah UMS sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan kami di pautan berikut:

KLIK SINI

atau dengan mengimbas QR di dalam Flyer

Maklumbalas anda amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini. Sekian.

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Komunikasi Korporat (PKK)

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami secara berterusan, kami memohon jasa baik YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan dengan mengimbas kod QR seperti di poster atau melalui pautan di bawah:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSecyBWnhY2ZVdGnnUp643SZy0_tF9VmKHgXUH5PIIOZW5tqHA/viewform?entry.827648600=PKK

Maklum balas YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan diucapkan setinggi-tinggi terima kasih.