Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera YBhg. Prof. Datuk/ YBrs. Prof. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

2.   Sukacita dimaklumkan bahawa Taklimat Skim Perlindungan Kesihatan "Maksak Medic Care" (Kad Perubatan) dan Skim Insurans Berkelompok "Maksak Ikhtiari" Berserta Faedah Persaraan anjuran oleh pihak Maksak akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh                    : 27 Oktober 2022 (Khamis)
Masa                      : 9.30 Pagi
Tempat                  : Galeri Majlis, Bangunan Canselori, UMS
Penceramah          : Puan Nurul Izzati Ibrahim

               
3.       Sehubungan itu, pihak YBhg. Prof. Datuk/ Prof. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan/ Puan adalah dijemput untuk menghadiri taklimat tersebut pada masa dan tarikh seperti yang dinyatakan di atas.

Kehadiran pihak YBhg. Prof. Datuk/ YBrs. Prof. / Prof. Madya Dr. / Dr. / Tuan/ Puan ke program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

✅Pautan Pengesahan Kehadiran https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc5tRX1FfIQYK0l0lH5jb5Fh4MN6dh5duRGj5CO6nzNJDdblg/viewform
✅Mata IDP akan diberikan

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW)

 

Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

AGIHAN KEUNTUNGAN BAGI TABUNG AMANAH (TA) PENJANAAN DI PUSAT TANGGUNGJAWAB BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Selaras dengan keperluan para 2.8.4 dalam Pekeliling Bendahari Bil. 2 Tahun 2022 (Panduan Penutupan Akaun di PTJ Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022).  Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah diminta untuk mengemukakan permohonan agihan keuntungan penjanaan pendapatan bagi tahun 2022 kepada Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW) selewat-lewatnya 18 November 2022.

Dikepilkan bersama-sama ini infografik Proses Arahan Agihan Keuntungan Aktiviti Jabatan, untuk makluman dan tindakan pihak YBhg.Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan seterusnya. Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi Cik Mas Nurhafini Sidik / En. Abdul Aziz Kong di talian 088-320 000 Ext: 202302 atau  202300.

 

Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

🗓 26 OKTOBER 2022, (RABU)

🕙 BERMULA JAM 9.00 PAGI

⏩ BILIK SEMINAR 1 PIUMS

 

-------

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN

1.Pertandingan dibahagikan kepada penyertaan perempuan dan lelaki;

2.Masa perujian adalah 7 minit;

3.Surah-surah yang hendak dibaca dalam pertandingan adalah bebas;

 

PESERTA DIADILI BERDASARKAN KRITERIA BERIKUT:

1.TAJWID -  40

2.TARANNUM -  25

3.FASOHAH - 20

4.SUARA - 15

 

Borang penyertaan dan syarat pertandingan boleh di download melalui pautan: https://forms.gle/KKYixUXQhvuC338i

Sebarang pertanyaan hubungi urusetia melalui pautan:   https://wasap.my/6010-5063481

-----------

🔰 Sumbangan dan sedekah boleh disalurkan ke  https://myboost.app.link/Ddji516lLab atau Akaun Tabung Amanah Masjid UMS (No. Akaun: 10052010004996 Bank Islam)

 

#PusatIslamUMS

#UMSKampusRahmah

#UMSSharean