Pengumuman Daripada: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

 

Cara Memohon

Pemohon perlu mengemukakan CV dan salinan sijil-sijil akademik kepada Pejabat Pentadbiran Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada: 20 OKTOBER 2022 (KHAMIS)

 

Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya.

 

Maklumat lanjut boleh menghubungi:

 

SIRAHIM ABDULLAH

Ketua Pentadbiran

Pejabat Pentadbiran PPIB

No. Tel : 088-320 000 (No. Samb. 212400)

E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

EVENY JOSEPH

Pembantu Tadbir (P/O)

Pejabat Pentadbiran PPIB

No. Tel : 088-320 000 (No. Samb. 212400)

E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA)

 

Klinik Outcome Based Education (OBE) Siri 6: Rubric Design

 

Tarikh: 12 Oktober 2022 (Rabu)

Masa: 9:00 Pagi - 12:00 Tengah Hari

Pautan: https://bit.ly/OBESIRI6

Meeting No.: 2644 221 2193

Meeting Password: n6VtnbvH8v5

 

Penceramah: Prof. Dr. Vincent Pang

Profesor Kehormat

Fakulti Psikologi dan Pendidikan

 

✅ Semua ahli akademik dijemput hadir

✅ Mata IDP akan diberikan

 

Terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pentadbir E-mel UMS

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Pada masa ini, akaun UMS di bawah domain kakitangan mempunyai storan tanpa had untuk penggunaan Google Drive, Gmail dan Google Photos. Penggunaan semasa keseluruhan Warga UMS sekarang adalah 133.38 TB. 

 

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, Google telah mengumumkan plan storan baharu iaitu hanya 100 TB pool storage di mana ianya akan dikongsi seluruh warga UMS di bawah lesen Google Workspace for Fundamentals (dahulunya dikenali sebagai G Suite for Education) berkuatkuasa pada 1 Dis 2022. 

 

Sebagai persediaan, semua kakitangan perlu melakukan semakan / audit kendiri penggunaan storan khususnya aplikasi Google Drive dan peti emel pengguna.


Kakitangan perlu memindahkan fail-fail yang jarang diakses kepada storan lokal (komputer) atau memadamkan sebarang fail yang tidak diperlukan di dalam aplikasi Drive, Gmail dan Photos. 

 

Kakitangan juga boleh memindahkan fail yang bersaiz besar yang masih diperlukan ke OneDrive Microsoft 365 di mana kapasiti yang dibenarkan adalah sehingga 1 TB. 

 

Pihak pentadbir emel UMS akan menghadkan kuota storan sebanyak 20 GB untuk setiap kakitangan dan akan sentiasa memantau penggunaan storan warga UMS selepas ini.

 

Masalah-masalah berikut akan berlaku jika pengguna menggunakan storan melebihi 20 GB : 

 

  1. Pengguna tidak boleh menghantar atau menerima emel berlampiran. Emel yang dihantar kepada anda dikembalikan kepada pengirim.

 

  1. Pengguna tidak boleh sync atau memuat naik fail baru. 

 

  1. Pengguna tidak boleh mewujud, mengemaskini dan menyalin fail di dalam Google Docs, Sheets, Slides, Drawings, Forms, dan Jamboard .

 

  1. Pengguna tidak boleh memuat naik gambar atau video di mana-mana aplikasi Google. 

 

  1. Sync akan terhenti antara Folder Google Drive komputer pengguna dan My Drive.

 

Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk pengemaskinian kendiri storan google UMS:

 

  1. Untuk menyemak jumlah storan yang digunakan, klik pada pautan berikut : https://drive.google.com/settings/storage

 

  1. Untuk menyemak dan memadamkan fail besar atau tidak diperlukan seperti video dalam Drive, klik pada pautan berikut : https://drive.google.com/drive/quota.  

Right click fail yang hendak dipadamkan dan pilih remove & Empty trash.

 

  1. Untuk menyemak dan memadamkan fail yang besar atau tidak diperlukan dalam Shared Drive, klik pada pautan berikut : https://drive.google.com/drive/shared-drives.

 

  1. Untuk mencari dan memadamkan e-mel yang tidak diperlukan atau besar , klik pada pautan berikut :  https://support.google.com/mail/answer/6374270#zippy=%2Cgmail dan ikuti langkah-langkah yang dinyatakan pada Gmail. 

 

Langkah-langkah ini perlu dilakukan segera sebelum 15 Nov 2022. Bermula 1 Dis 2022, kami akan melaksanakan had storan pada semua warga UMS. 

Manual Pengguna (pdf.)

 

Segala kerjasama dan tindakan tuan/puan, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. 

 

Terima kasih