Pengumuman Daripada: Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS)

 

Berita Baik!!!

Pendaftaran masih lagi dibuka dan pendaftaran 'EARLY BIRD' dilanjutkan sehingga 31 Oktober 2022. Penyertaan daripada anda semua amat di alu-alukan...

Maklumat program adalah seperti berikut;

 

Tarikh      : 3 Disember 2022 (Sabtu)

Masa       : 6 pagi

Tempat   : Padang Kawad, UMS

Kategori: 1) 3KM Fun Run

                 2) 10KM (terbuka & veteran)

 

Setiap peserta akan mendapat sehelai t’shirt, bib larian serta medal. Juara, naib juara dan pemenang tempat ketiga bagi kategori 10KM akan memenangi hadiah wang tunai💸💸

 

Link Pendaftaran: https://forms.gle/w7HBa3CRBFdvgqvMA

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia di talian 088320797.

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pengembangan Profesionalisme, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar

 

Salam Sejahtera,


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan meneruskan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi Staf bukan Akademik di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Gred 41 ke atas yang berkhidmat di bawah Universiti Awam.

Sehubungan dengan itu, pegawai-pegawai yang berminat dialu-alukan untuk membuat permohonan secara dalam talian di pautan https://biasiswa.mohe.gov.my/hlp/index_login.php atau melalui portal rasmi KPT www.mohe.gov.my. Tawaran permohonan ini akan dibuka selama tiga (3) bulan mulai 3 Oktober 2022 hingga 31 Disember 2022. Permohonan yang diterima selepas jam 5 petang, 31 Disember 2022 tidak akan diproses dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Dilampirkan bersama adalah Infografik Tawaran Penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi Staf Bukan Akademik Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Marin Borneo

 

Salam sejahtera,

Akuarium dan Muzium Marin, akan ditutup bagi kerja penyelenggaraan bangunan dan sempena cuti umum Maulidur Rasul.

Tarikh tutup: 8 Oktober - 10 Oktober 2022

Tarikh dibuka semula: 11 Oktober 2022 (Selasa)

Harap maklum.

 

Tel.: 088-320000 samb. 213305 (Masa pejabat sahaja)

Facebook: https://www.facebook.com/UMSAkuarium/

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Tarikh Terbitan : 07 Oktober2022m | 10 Rabiulawal 1444h

Diterbitkan Oleh : Unit Penerbitan, Seksyen Pentadbiran dan Kewangan, Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah, Jln Ums, 88400 Kota Kinabalu

Untuk akses penuh, sila layari pautan berikut: https://bit.ly/Risalah-PIUMS-Bil-5-2022