Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

Sukacita dimaklumkan bahawa, sempena ketibaan Maulidur Rasul SAW 1444H, Pusat Islam UMS akan mengadakan majlis tersebut di atas seperti dalam ketetapan berikut;

Tarikh            : 08 Oktober 2022 | 12 Rabiulawal 1444H (Sabtu)

Masa               : 6.00 Petang

Tempat          : Masjid UMS

Sehubungan itu, kami amat berbesar hati menjemput YBhg. Prof. Datuk/ Dr/ Tuan/ Puan dan kakitangan seliaan YBhg. Prof. Datuk/ Dr/ Tuan/ Puan hadir bersama-sama dalam majlis tersebut. Bersama ini disertakan atur cara majlis untuk rujukan YBhg. Prof. Datuk/ Dr/ Tuan/ Puan. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Ustaz Mahmud Mahanis di talian 011-2916 1553.

Perhatian dan kehadiran YBhg. Prof. Datuk/ Dr/ Tuan/ Puan ke majlis ini amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan ribuan dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf, UMS

 

 

Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

 

KEMPEN SUMBANGAN STAF DALAM TABUNG-TABUNG AMANAH UMS (ENDOWMEN DAN WAKAF) MELALUI POTONGAN GAJI

  

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Dimaklumkan bahawa UMS melalui Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW) mengadakan kempen sumbangan staf ke Tabung-Tabung Amanah UMS (Endowmen dan Wakaf) melalui potongan gaji dengan sumbangan minimum RM3.00 sebulan.  Sumbangan akan digunakan untuk membantu pelajar UMS yang kurang berkemampuan dan amat memerlukan bantuan kewangan. Selain itu, sumbangan juga akan digunakan selaras dengan TOR Tabung-Tabung Amanah UMS yang mana sekaligus membantu dalam pembangunan pendidikan Universiti.

 

Staf UMS yang berminat dimohon untuk melengkapkan maklumat seperti dalam borang bentuk google form yang berikut: https://qrgo.page.link/rRCd9

  

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi Puan Norsuana Aliaspar di talian 088-320 000 Ext: 202 302 atau Cik Mas Nurhafini binti Sidik di talian 088-320 000 Ext: 202 300.

 

Keprihatinan dan kedermawan YBhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan, mengenai perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

 

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA)

 

Pemakaian Templat Penyediaan Maklumat Kursus di Fakulti/ Akademi/ Pusat/ Institut (F/A/P/I) Universiti Malaysia Sabah

Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA) telah membangunkan templat format MS Excel bagi penyediaan Maklumat Kursus [Table 4 v2.0] bersesuaian dengan Advisory Note PPKA 1/2022 dan arahan pihak Agensi Kelayakan Malaysia [MQA]. Ini adalah untuk memudahkan kakitangan akademik UMS.  Pemakaian templat ini berkuatkuasa digunapakai pada Semester 1 Sesi 2022/2023.