Pengumuman Daripada: Sektor Pendidikan & Zakat, Pusat Islam UMS

 

 

🧮 CARA MENGIRA ZAKAT PENGGAJIAN🧮

 

Kaedah 1

Tanpa tolakan = Gaji Kasar x 2.577% (mengikut tahun masihi)

 

Kaedah 2

Dengan tolakan = (Gaji Kasar - Tolakan) x 2.577% (mengikut tahun masihi)

 

Tolakan yang dibenarkan adalah meliputi diri sendiri, anak, ibubapa, KWSP, dan Tabung Haji.

 

📍 KAUNTER ZAKAT PUSAT ISLAM UMS📍

 

Hari: Setiap Hari Isnin - Jumaat

Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang

Tempat: Pusat Islam UMS

 

Sebarang Persoalan @ Perkhidmatan secara atas talian, Sila hubungi:

Puan Noorisah (https://wa.me/60132855378)

Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)

Encik Hilmi (https://wa.me/60143919821)

Cik Raisyah (https://wa.me/60168505856)

 

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui."

 

(At - Taubah 103)

 

#zakatmembawaberkat

#UMSShare

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Pentadbiran dan Governan (BPG), Jabatan Pendaftar

 

 

Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kami, YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan dimohon untuk mengisi Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan BPG melalui imbasan kod QR atau menekan pautan https://shorturl.at/kASUX

 

Pihak kami amat menghargai maklum balas yang telah diberikan oleh YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP)

 

 

Permohonan bagi kemasukan ke Program SPADA Semester 1, Sesi 2024/2025 (Kemasukan September 2024) kini telah dibuka!

 

Tempoh Pengajian: 2 Tahun(4 Semester)

 

Mod Pengajian: Sepenuh Masa

 

Kaedah Pengajian: Kerja Kursus

 

Permohonan adalah secara atas talian melalui pautan mohon.ums.edu.my  bermula 15 April 2024 sehingga 31 Julai 2024.

 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi melalui emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau di talian: +6088-300000 ext: 122033

 

Pengumuman Daripada: Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS)

 

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,

 

PEMAKLUMAN PERKHIDMATAN INSTRUMEN YANG DISEDIAKAN DI PUSAT INSTRUMENTASI DAN PERKHIDMATAN SAINS (PIPS)

 

Sukacita dimaklumkan, bersama ini dilampirkan poster hebahan berkaitan perkhidmatan instrumen yang disediakan di Pusat Instrumentasi dan Perkhidmatan Sains (PIPS) Universiti Malaysia Sabah untuk rujukan dan makluman YBhg. Prof. Dr/Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan.

 

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Universiti Malaysia Sabah (PPUMS)

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Universiti Malaysia Sabah Kali Ke-18 (MATPPUMS18) dan Majlis Sambutan Aidilfitri akan diadakan mengikut ketetapan seperti berikut: 

 

🗓️ Tarikh : 25 April 2024 (Khamis)

⏰ Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang

📍 Tempat: Bankuasi, Dewan Canselor UMS

 

Sehubungan itu, Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Mohon jasa baik untuk mengemukakan perkara-perkara berikut:

 

Pengesahan Kehadiran: https://forms.office.com/r/xmgdGX92wU

 

Cadangan Usul: https://forms.office.com/r/BR4N9fQk6s

 

Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

1.    Ucapan Pembukaan MAT oleh Presiden PPUMS

2.    Pengesahan Minit MAT yang Lepas

3.    Pembentangan dan Pengesahan Laporan Aktiviti Tahunan PPUMS

4.    Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan PPUMS

5.    Pembentangan dan Perbahasan Cadangan Usul 

6.    Sesi Soal dan Jawab

7.    Hal-Hal Lain

8.    Ucapan Penangguhan MAT oleh Presiden PPUMS

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, Dr./ Tuan/ Puan bolehlah hubungi:

 

Puan Ainun binti Jamil

013-871 1716

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Encik Tauffeck Hj. Guntok

016-846 1785

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Segala perhatian Dr./ Tuan/ Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.