Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan

 

HEBAHAN PENUTUPAN PERMOHONAN PENUBUHAN SYARIKAT PEMULA (START-UP) DAN SYARIKAT TERBITAN (SPIN-OFF) (SUSO) DAN PERMOHONAN DANA PENGKOMERSIALAN FASA 1 TAHUN 2025
 
Salam hormat dan selamat sejahtera,
 
YBhg. Datuk, Dato’, Datin, Prof., Prof. Madya, Dr., Tuan dan Puan.
 
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
 
02.   Sukacita dimaklumkan bahawa Penutupan Permohonan Penubuhan SYARIKAT PEMULA (START-UP) DAN SYARIKAT TERBITAN (SPIN-OFF) (SUSO) dan Permohonan Dana Pengkomersialan Fasa 1 Tahun 2025, akan ditutup seperti butiran berikut:
 
Tarikh Tutup Permohonan: 28 Februari 2025 (Jumaat)
     
 
03.   Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk, Dato’, Datin,  Prof., Prof. Madya, Dr., Tuan dan Puan, dikehendaki menghantar Borang Permohonan sebelum atau pada 28 Februari 2025, jam 4.00 petang ke pejabat Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan UMS. Borang Permohonan boleh diakses atau dimuat turun pada pautan berikut: https://bit.ly/3Way13z (SUSO) / https://bit.ly/4gM5WIi (Dana Pengkomersialan) atau dengan mengimbas QR pada poster hebahan. 
 
04.   Untuk sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan En. Mohd. Aiddy Suffian Abd Rashid di talian 013-5810910 @ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau En. Mixsius Sumpongul di talian 011-51454370 @ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (SUSO) atau Pn. Adelista Adnan di talian 011-14157020 @ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (Dana Pengkomersialan). 
 
Perhatian dan Kerjasama daripada YBhg. Datuk, Dato’, Datin, Prof., Prof. Madya, Dr., Tuan dan Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
 
Sekian
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Penyelidikan Ekonomi Biru & Keselamatan Maritim

 

Sukacita dimaklumkan Pusat Penyelidikan Ekonomi Biru & Keselamatan Maritim, UMS dengan kerjasama Blue Dream Sdn Bhd akan menganjurkan bazar ramadan pada 2 hingga 21 Mac 2025 di Pantai Kemudi Ilmu, UMS.

Semua warga UMS adalah dijemput hadir.

Pemberitahuan:

Sila ambil maklum bahawa semua warga UMS adalah DIKECUALIKAN daripada membayar parkir dan tidak dikenakan sebarang bayaran KECUALI menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Sekian dan terima kasih.

 

 

 

 

 

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Rawatan Rehabilitasi, Hospital UMS 

 

📢 NOTIS PEMAKLUMAN! 📢

PERPINDAHAN LOKASI BAGI RAWATAN REHABILITASI KECEDERAAN TANGAN, MUSKULOSKELETAL (MSK) & BURN


Dimaklumkan bahawa bermula 3 Mac 2025, rawatan terapi bagi kecederaan tangan, muskuloskeletal (MSK - otot/tulang/sendi), serta burn (kelecuran & parut) di Pusat Rawatan Rehabilitasi, Hospital Pakar UMS (HUMS) akan dijalankan di lokasi baharu seperti berikut:

📍 Bangunan Plastinasi
(Belakang Bangunan Pusat Rawatan Warga UMS)

Perubahan lokasi ini bertujuan untuk meningkatkan kemudahan dan keselesaan rawatan pesakit di pusat rehabilitasi kami.

🔹 Untuk maklumat lanjut & pertanyaan:
📞 Hotline Rehabilitasi: +6088-329208
📲 Imbas QR Code pada poster untuk navigasi ke lokasi baharu.

Pihak kami juga akan menghubungi pesakit yang mempunyai temujanji untuk memaklumkan tentang lokasi rawatan baharu.

Kami menghargai sokongan anda dan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan.