Pengumuman Daripada: Pusat Minda Lestari UMS

YBrs. Dr. /Tuan/Puan/Saudara/Saudari

 

Pusat Minda Lestari, UMS akan mengadakan Sukaneka Tahunan 2022 pada ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh           : 24 & 25 Ogos 2022 (Rabu & Khamis)

🕓 Masa            : 8.00 Pagi - 1.00 Petang

🏡Tempat         : Pusat Minda Lestari, Universiti Malaysia Sabah

 

Aktiviti yang diadakan:

✅ Senamrobik

✅ Perarakan Kontinjen bertemakan Buah-Buahan

✅ Acara Sukaneka Kanak-Kanak

    👉 Taska (Kumpulan Playgroup)

    👉 Tadika (4 - 6 Tahun)

    👉 Transit (7 - 9 Tahun)

    👉 Program Khas (3 - 9 Tahun)

✅ Acara Sukaneka Guru & Ibu Bapa

"Semua dijemput Hadir. Semoga kehadiran YBrs. Dr./ Tuan/Puan/ Saudara/Saudari dapat memeriahkan lagi Sukaneka Tahunan 2022 PML, UMS "

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

Fatmah Atuk (Urusetia Sukaneka)

📞016-8283006

Perhatian yang diberikan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera, YBhg. Datuk/Prof./Ts./Ir./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan pihak Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) berhasrat untuk mengadakan satu sesi Taklimat Pengiktirafan Profesional Teknologis dan Juruteknik MBOT khusus untuk warga Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berkelayakan. Program ini adalah merupakan aktiviti julung kalinya diadakan setelah UMS dilantik menjadi rakan strategik di bawah Program MBOT TechZone Sabah.   Oleh itu, YBhg. Datuk/ Prof./ Ts./ Ir./ Dr./ Tuan/Puan, dijemput menghadiri Taklimat mengikut ketetapan yang berikut: 

Tarikh: 18 Ogos 2022 (Khamis)

Tempat: Galeri Majlis, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Masa: 12.00 tgh - 1.00 ptg

Segala perhatian dan kerjasama dari pihak YBhg. Datuk/ Prof./ Ts./ Ir./ Dr./ Tuan/Puan mengenai perkara ini didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urusetia di talian 0128332445.

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

Jemputan Menyertai Roadshow Bijak Sifir Al-Baghdadi Pentagon Math Khas Kepada Anak-anak Kakitangan UMS dan KAFA PIUMS

🧾Tarikh               : 28 Ogos 2022 (Ahad)

⏰Masa                : 9.00 Pagi - 12.00 T/Hari

🏫Tempat             : Bilik Seminar PIUMS

👨‍👩‍👧‍👦Umur Peserta   : 7 - 15 Tahun (terhad 100 orang peserta sahaja)

💸Yuran                : RM10.00/Peserta

📍Borang Pendaftaran https://forms.gle/Yk3RdhwjcJsVQdyz9

📍Kaedah Pembayaran : Aplikasi Boost

~Sila klik link pembayaran https://myboost.app.link/N4tsZwNYwbb

~ Sila hantar bukti pembayaran kepada urusetia https://wasap.my/60168655694/BijakSifir atau emelkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 26 Ogos 2022 (Jumaat)

#umskampusrahmah

#umsbaini

#umsshare

--

Sekian dan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

YBrs Prof. Dr/Prof. Madya Dr/Dr/Tuan/Puan,

Taklimat Pengurusan Ergonomik dan Peranan Organisasi

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perpustakaan akan mengadakan Taklimat Pengurusan Ergonomik dan Peranan Organisasi pada ketetapan berikut:  

Tarikh          :   26 Ogos 2022 (Jumaat)

Masa           :   9.00 Pagi

Kaedah        :   Webex

Penceramah  :   Puan Armawaty Natasha Abdul Rahman

 

3. Adalah dimaklumkan bahawa Mata IDP dan SDP akan diberikan. Bersama ini disertakan pautan untuk perhatian dan rujukan tuan/puan. http://bitly.ws/tkJ5 

Kehadiran dan perhatian YBrs Prof. Dr/Prof. Madya Dr/Dr/Tuan/Puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.  

Sekian, terima kasih.