Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, UMS

 

Lampiran:

i. Tatacara Permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan Kakitangan UMS

ii. Syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan Kakitangan UMS (Akademik) DU51P

iii. Syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan Kakitangan UMS (Akademik) Kumpulan Pengurusan & Profesional

iv. Syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan Kakitangan UMS (Pentadbiran)

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa, permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan Kakitangan Universiti Malaysia Sabah Bil.2/2022 telah dibuka.

Sehubungan itu, dilampirkan maklumat berhubung permohonan Pengesahan Dalam Perkhidmatan untuk panduan dan rujukan YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan.

 

 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

 

Assalamu'alaikum WBT dan Salam Sejahtera,

 

YBhg. Prof./Dr. /Tuan/Puan,

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa, Pusat Islam UMS sedang melaksanakan kajian kepuasan pelanggan bagi meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.

 

3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mengisi Borang Kajian Kepuasan Pelanggan kami di pautan berikut:

shorturl.at/cuGW3

atau dengan mengimbas QR di dalam Flyer

 

4. Maklumbalas anda amatlah kami hargai bagi membantu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan kami secara berterusan.

 

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam mengisi dan menjadi responden kajian kepuasan pelanggan ini.

 

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam, UMS

 

Bengkel Kefahaman Dan Pengajaran Akidah Bersama Al-Fadhil Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Bin Raja Jamaluddin (.pdf)

 

YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

JEMPUTAN MENYERTAI BENGKEL KEFAHAMAN DAN PENGAJARAN AKIDAH BERSAMA AL-FADHIL USTAZ RAJA AHMAD MUKHLIS BIN RAJA JAMALUDDIN

 

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Adalah dimaklumkan bahawa objektif bengkel tersebut di atas adalah seperti berikut :

a) Memberikan kefahaman yang jelas kepada para Da’ie di negeri Sabah terhadap akidah yang benar dan mudah difahami mengikut perkembangan semasa;

b) Menerangkan kaedah yang sesuai bagi para Dai’e untuk mengaplikasikan pemahaman akidah dalam kehidupan masyarakat Islam di negeri Sabah;

c) Mewujudkan budaya menuntut ilmu dalam kalangan kakitangan awam di Negeri Sabah khususnya kepada para pendakwah;

 

3.Bengkel tersebut akan diadakan seperti dalam cadangan berikut:

 

Tarikh 

12 – 13 Mac 2022 (Sabtu – Ahad)

Masa  

8.00 Pagi – 10.00 Malam

Tempat

Bilik Seminar 1 & 2, Pusat Islam UMS dan Secara Dalam Talian

(Bergantung dengan SOP semasa)

Penceramah

YM Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Bin Raja Jamaluddin

Jum. Mata IDP

10 Jam

 

4. Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri bengkel tersebut di atas (terhad untuk 30 orang sahaja). Bersama dengan ini disertakan borang penyertaan atau pendaftaran melalui pautan (https://forms.gle/L1rHdC2XfXmvvdt26) untuk rujukan dan tindakan pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya. Tarikh akhir penyertaan adalah pada 04 Mac 2022 (Jumaat).

 

5. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi Ustaz Mahmud Mahanis (019-852 8404) atau Ustaz Khairul Anuar Bin Jali (016-616 4947).

  

Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

 

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar, UMS

 

Panduan dan Peraturan InTech-21 (.pdf)

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera YBhg Dato'/Prof/Dr/Tuan/Puan

 

𝗝𝗘𝗠𝗣𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗞𝗟𝗜𝗠𝗔𝗧 𝗜𝗡𝗡𝗢𝗩𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡 & 𝗧𝗘𝗖𝗛𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗬 𝗖𝗛𝗔𝗟𝗟𝗘𝗡𝗚𝗘 (𝗜𝗻𝗧𝗲𝗰𝗵-𝟮𝟭)

 

Dengan sukacitanya Prof/Dr/Tuan/Puan dijemput untuk menyertai Pertandingan Innovation & Technology Challenge 2021 anjuran Pusat Kebolehpasaran Graduan Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar (PKGKPP), Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UM.

 

Peserta 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗽𝗹𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝘁𝗲𝗹𝗲𝗳𝗼𝗻 (𝗺𝗼𝗯𝗶𝗹𝗲 𝗮𝗽𝗽) walaupun tidak mempunyai latar belakang IT. 𝗦𝗶𝗷𝗶𝗹 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻 akan diberi kepada peserta.

 

𝘗𝘈𝘚𝘜𝘒𝘈𝘕 𝘗𝘌𝘙𝘛𝘈𝘕𝘋𝘐𝘕𝘎𝘈𝘕

Setiap pasukan terdiri daripada 𝟰 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝟭 𝘁𝗲𝗻𝗮𝗴𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗿.

Terbuka kepada semua pelajar UMS (prasiswazah dan pascasiswazah)

 

𝘛𝘌𝘔𝘈 𝘗𝘌𝘙𝘛𝘈𝘕𝘋𝘐𝘕𝘎𝘈𝘕

Penyelesaian e-dagang kepada permasalahan kehidupan manusia sekaligus berupaya mencapai matlamat Sustainable Development Goals (SDG).

 

Satu sesi taklimat kepada pensyarah dan pelajar akan diadakan pada ketetapan berikut:

 

Tarikh                  :  𝟰 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟮

Masa                    : 𝟭𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶

Platform webex : https://bit.ly/3K3Hr8r

Password            : intech

 

Bersama-sama dengan hebahan ini dilampirkan Poster serta Panduan dan Peraturan InTech-21 untuk makluman dan tindakan lanjut YBhg Dato'/Prof/Dr/Tuan/Puan.

 

Sekian dan terima kasih