Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan, UMS

 

 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,


Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan (PPIP) ingin mengucapkan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Bagi tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan, pihak kami memohon maklumbalas daripada YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk melengkapkan soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui imbasan kod QR di poster atau pautan yang berikut;


https://tinyurl.com/PPIP-KP


Terima kasih.

 

Segala perhatian dan tindakan tuan/puan berhubung perkara ini diucapkan terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, UMS

 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa, selaras dengan pengumuman oleh YBhg. Datuk Naib Canselor semasa Majlis Amanat Tahun 2022, Kakitangan Akademik yang Memegang Jawatan Pentadbiran (Dekan/ Pengarah/ Timbalan Dekan/ Timbalan Pengarah/ Ketua Program/ Penyelaras) dibenarkan menggunakan kemudahan Waktu Bekerja Fleksi Akademik (WBFA) berkuatkuasa mulai 23 Februari 2022. Syarat dan peraturan WBFA adalah seperti mana dalam infografik yang dilampirkan.

 

Sekian, terima kasih.