Pengumuman Daripada: Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal 

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
 
Pihak Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Halal (PPPH) menjemput tuan-tuan dan puan-puan yang berminat untuk menghadiri Kursus Latihan Pengendali Makanan pada ketetapan berikut:
 
Tarikh: 15 Feb 2025 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari (Secara dalam talian)
Yuran: RM50.00 sahaja
 
Bagi yang berminat boleh mengimbas QR Kod yang dilampirkan atau mengisi borang di pautan yang disediakan.
 
Pautan Borang Pendaftaran: 
 
Sekian, terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

 

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera, Salam UMS Bertekad Cemerlang 💛🖤 
 
SYARAHAN BERSAMA UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH YOGYAKARTA (UMY) DAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
 
Dengan segala hormatnya, kami menjemput semua untuk menghadiri Syarahan Bersama Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang bertajuk “Kerjasama Strategik Malaysia-Indonesia dalam Menangani Cabaran Politik Antarabangsa”.
 
Butiran Acara:
📅 Tarikh: 13 Februari 2025 (Khamis)
⏰ Masa: 2.00 - 5.00 petang
📍 Tempat: BMQA, Aras 3, FSSK, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
 
📌 IDP Point untuk staff disediakan 
 
Kami menantikan penyertaan anda.
 
Pautan Pendaftaran (Pelajar):
 
Sekian, terima kasih.
 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan EcoCampus

 

Bengkel Penyediaan Laporan Kelestarian UMS 2023-2024
 
Tarikh: 19-20 Februari 2025
Masa: 9:00 pagi – 4:00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat EcoCampus, Aras 4, Blok Utara, Bangunan Canselori
 
Objektif bengkel diadakan adalah untuk memastikan laporan yang dihasilkan memenuhi keperluan penarafan/ranking yang disertai berkaitan aspek kelestarian. Laporan ini juga diharap akan dijadikan sebagai bahan rujukan warga UMS serta orang awam dalam pelaksanaan dan pemantauan inisiatif kelestarian. 
 
Bengkel akan dihadiri oleh warga akademik dan pengurusan yang mempunyai kepakaran dan menyumbang idea bagi merealisasikan suatu laporan yang padat, jelas dan komprehensif.
 
Laporan yang lengkap akan dimaklumkan dan boleh diakses di laman web Pusat Pengurusan EcoCampus kelak.
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
 
Sekian, terima kasih dan harap maklum.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam UMS

 

📍 MENGAPA BERZAKAT DI KAUNTER ZAKAT PUSAT ISLAM UMS📍
 
- Ejen Pungutan & Agihan Lantikan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
- Menggunakan resit rasmi daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
- Mendapat rebat cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- 50% daripada hasil pungutan akan diagihkan kepada asnaf UMS
- Sebanyak RM1.08 Juta telah diagihkan kepada kakitangan & pelajar asnaf UMS pada tahun 2024
 
📍 JOM BERZAKAT DI PUSAT ISLAM UMS📍
 
(Secara Fizikal)
Hari: Setiap Hari Isnin - Jumaat
Masa: 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat: Pejabat Pusat Islam UMS
 
(Secara Atas Talian)
Hubungi Perunding Zakat 
Puan Noorisah (https://wa.me/60132855378)
Puan Kartini (https://wa.me/60198042698)
Encik Hilmi (https://wa.me/60143919821)
Cik Raisyah (https://wa.me/60168505856)
 
Pusat Islam UMS juga menyediakan perkhidmatan bayaran zakat secara potongan melalui gaji yang lebih mudah, selamat dan perbelanjaan bulanan yang lebih terancang. Perkhidmatan ini dinamakan Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) yang boleh diakses melalui sistem HR online UMS. Potongan tersebut akan dibuat secara bulanan oleh majikan dan setiap pemotongan akan tertera di dalam penyata gaji bulanan.
 
Bagaimana nak mula atau tambah potongan zakat? Anda boleh:
- Log masuk ke Sistem HR online UMS
- Pilih Menu
- Pilih Pusat Islam UMS
- Pilih Zakat Penggajian
 
Jom mula potong...
 
Sebarang Persoalan, boleh menghubungi: 088-320 624 (Hotline)
 
#zakatmembawaberkat
#mudahberzakatbersamapiums
#pzb
#UMSshare