Pengumuman Daripada: U-Science UMS

✨Jom bersama-sama kami berkunjung ke

Jelajah Astronomi Sempena Karnival Sains Sabah

yang akan berlangsung pada ketetapan berikut:

 

🗓 Tarikh     : 26 - 28 Julai 2022

📍 Tempat     : Dewan Masyarakat Manggatal

🕰 Masa      : 9:00 pagi - 9:00 malam

 

Pelbagai pameran dan aktiviti menarik menanti anda tau! antaranya ialah :

 

🧬 Mini Dome Planetarium

🧬 Planet Visual Reality (VR)

🧬 Discover AstroRover Workshop

🧬 Arduino Workshop

🧬 RoboTech Show

 

DAN BANYAK LAGI!!!

Program anjuran U-Science UMS dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (KSTI) Sabah, Planetrium Negara dan beberapa agensi lain.

⭐️ Jangan lepaskan peluang ini, Jumpa kami disana!

⭐️ Jom Bah, Kemari Biskita, Pitu Kam!

 

Announcement From: Hospital UMS

Dear Professors/Associate Professors/Dr/Sir/Madam,

Childhood Cancer Awareness Walkathon is a 5KM sports event organised by Sabah Women and Children Hospital (SWACH) Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) with Kelab Kebajikan dan Rekreasi Kakitangan HUMS and Kelab Rotari Teluk Likas & KK Mandarin in conjunction with the Cancer Awareness Month. This event is organised to raise awareness for children with cancer. 

Event Details:

Date   : 24 September 2022 (Saturday)

Time: : 6.30 am onwards

Venue : Dataran Dewan Canselor, UMS

 

For Registration : 

https://forms.gle/bTU7jxBKeDdxYcbM8

Thank you 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf

  

YBhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan

PENJUALAN NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN KHAS UMS

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa UMS melalui Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW) mengadakan Penjualan Nombor Pendaftaran Kenderaan Khas UMS. Warga UMS dan orang awam yang berminat untuk memiliki nombor pendaftaran kenderaan prefix UMS boleh membuat bidaan nombor melalui sistem UMSeBid bermula pada 1 Ogos 2022.

3. Segala maklumat terkini berkenaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Khas UMS ini akan dikemas kini dalam laman web Pusat Pelaburan Endowmen dan Wakaf di capaian https://www.ums.edu.my/cie/atau hubungi talian 088-320000 (202302) untuk pertanyaan lanjut.

Kerjasama dan sokongan YBhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan, mengenai perkara ini amat dihargai dan diucapkan dengan terima kasih.

Sekian.

 

Pengumuman Daripada: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, YBhg. Datuk/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami secara berterusan, mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan shorturl.at/DFSV6 atau imbas kod QR yang dilampirkan.

Perhatian dan maklum balas YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan terima kasih.