Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

 

TAKLIMAT INDUKSI PERPUSTAKAAN: PELAJAR PRASISWAZAH BAHARU SESI 2021/2022

 

Adakah anda pelajar baharu bagi FAKULTI SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN (FSMP)?

 

Pastikan jangan ketinggalan mengikuti sesi taklimat bersama kami pada ketetapan seperti berikut:

 

🗓️ 26 Oktober 2021 (Selasa)

🕙 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Platform: Google Meet

Pautan taklimat: meet.google.com/ojj-jrxn-mri                                       

 

Mohon menguar-uarkan sesi ini kepada rakan-rakan anda.

 

Jumpa anda nanti!

Terima kasih

 

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari, UMS

 

 

Terima kasih kerana berurusan dengan pihak Jabatan Bendahari, UMS. Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan. kami memohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi borang soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan di bawah atau imbas kod QR tersebut:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSecyBWnhY2ZVdGnnUp643SZy0_tF9VmKHgXUH5PIIOZW5tqHA/viewform?usp=pp_url&entry.827648600=BN

Sekian, terima kasih.

 

Pengumuman Daripada: Pusat Islam, UMS

 

Aturcara Majlis Sambutan Dan Ceramah Perdana Maulidur Rasul 2021M/1443H Universiti Malaysia Sabah (.pdf)

 

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan majlis tersebut di atas pada ketetapan berikut:

 

Tarikh : 29 Oktober 2021 (Jumaat)

Masa : 9.00 pagi 

Tempat : Galeri Majlis Dan Dalam Talian

Pautan : https://ums-edu-my.webex.com/join/PusatIslamUMS

 

3. Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput YBhg. Datuk/ Prof./ Dr./Tuan/Puan ke majlis tersebut di atas. Bersama dengan ini disertakan Aturcara Majlis dan Poster untuk rujukan pihak YBhg. Datuk/ Prof./ Dr./Tuan/Puan.

 

Kerjasama dan Perhatian YBhg. Datuk/ Prof./ Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

 

Sekian 

 

Pengumuman Daripada: Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat, UMS

 

 

Jom saksikan program Logot-Logot Bersama Prof. Madya Dr. Ching Fui Fui @ Faihana Ching Abdullah, Timbalan Pengarah (Penyelidikan Dan Inovasi), Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB) yang akan bersiaran secara langsung di FB UMS.official pada:-

 

Tarikh  : 25 Oktober 2021 (Isnin)

Masa    : 10.00 pagi

Topik    : Pembenihan Ikan: Susah atau senang?