Pengumuman Daripada: Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, UMS

 

Warga Kampus yang dihormati sekalian, JPP perlu membuat penutupan bekalan elektrik seperti butiran berikut:

 

Tarikh: 10hb Julai 2021 (SABTU)

 

Anggaran Tempoh: 5 jam (9:00 pagi- 2:00 petang)

 

Tujuan: Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan di Pencawang Masuk Utama UMS.

 

Lokasi yang telibat: Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (Kampung E), Bangunan Pascasiswazah, Bangunan DKP BAHARU (DKP2) dan Bangunan Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA).

 

 

JPP amat menghargai kesabaran anda dan segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Terima Kasih.

 

Pengumuman Daripada:  Akademi Seni Dan Teknologi Kreatif (ASTiF), UMS

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

 

Yang Dihormati Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Sukacita dimaklumkan Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan bagi tujuan penilaian dan meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi tahun 2021.

 

Bagi tujuan tersebut kami mohon kerjasama YBhg. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan agar dapat mengisi soal selidik kajian kepuasan pelanggan melalui pautan di bawah:

 

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSecyBWnhY2ZVdGnnUp643SZy0_tF9VmKHgXUH5PIIOZW5tqHA/viewform?entry.827648600=ASTiF

 

 Terima kasih atas kerjasama untuk menjadi responden dalam kajian ini serta menjadi pelanggan setia kami.

 

 

Pengumuman Daripada: Sektor Pengurusan Harta & Risiko, Jabatan Bendahari, UMS

 

Garis Panduan Pengurusan Aset Alih UMS (.pdf)

 

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Harta & Risiko, Jabatan Bendahari telah menyediakan hebahan infografik sebagai makluman kepada pegawai Aset J/A/F/P/I/B melaksanakan pengurusan aset mengikut Garis Panduan yang ditetapkan.

 

Berikut merupakan Infografik Makluman Pengemaskinian KEW. PA-7 dan Garis Panduan Pengurusan Aset Alih UMS sebagai rujukan.

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan boleh menghubungi Sektor Pengurusan Harta & Risiko di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sekian. Terima Kasih