Pengumuman Daripada: Institut Penyelidikan Marin Borneo, UMS

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan Borneo (IPMB) sedang giat mengemaskini serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada semua golongan pelanggan IPMB. Oleh itu, untuk mencapai tujuan tersebut Pihak IPMB memohon jasa baik YBrs Prof. Dr/Prof. Madya Dr/Dr/Tuan/Puan untuk memberi maklum balas dan cadangan penambahbaikan melalui borang kajian kepuasan pelanggan ini.

 

https://forms.gle/k2RXTHfq3sZjERcp6

 

Kerjasama dan sokongan padu daripada YBrs Prof. Dr/Prof. Madya Dr/Dr/Tuan/Puan mengenai perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Mohon kiranya maklumbalas ini dihantar selewat-lewatnya pada atau sebelum 10hb Julai 2021.

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi, UMS

 

UMSCert Advisory: Clear Desk & Clear Screen (.pdf)

 

 

Untuk makluman, pihak Universiti sentiasa mengambil serius dalam memastikan keselamatan ICT dan data Universiti sentiasa terjamin dan selamat. Pemantauan berterusan terhadap Keselamatan ICT dan data sentiasa dilakukan oleh JTMK bagi memastikan Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Universiti dipatuhi.

Mengambil kira perkembangan semasa ancaman Keselamatan ICT di peringkat global dan sebagai langkah pencegahan, maka JTMK MEWAJIBKAN pengguna tidak meninggalkan bahan-bahan yang sensitif terdedah sama ada atas meja pengguna atau paparan skrin apabila pengguna tidak berada di tempatnya dengan menggunakan kemudahan password screen saver.

Sila rujuk infografik yang disertakan.

JTMK bersedia membantu dan memberikan khidmat nasihat, jika diperlukan. YBhg Datuk/Datin/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan boleh menghubungi Kukuro JTMK melalui aplikasi whatapps +6088-329000.