Pengumuman Daripada: Pusat Alumni, UMS

 

 

Jejak Alumni UMS melalui FB Live Pusat Alumni UMS kembali lagi!!

Jom ramai-ramai menyaksikan "LIVE" bersama Azizul Julirin pada 30 Jun 2021(Rabu) jam 9 pagi, 

Alumni UMS tahun 2010 daripada Fakulti Sains Dan Sumber Alam

 

Topik: Impian Vs Survival Graduan Pasca Pandemik Covid19

 

▪️Terbuka kepada pelajar UMS,  alumni UMS dan orang awam.

 

▪️MySDP akan diberikan kepada pelajar UMS yang menyertai "LIVE" ini.

 

#stayconnected

 

 

Pengumuman Daripada: U-Science, UMS

 

 

 PENDAFTARAN AJK & AHLI MYSTEM AMBASSADOR
---------------------------------------------
Adakah anda seorang pelajar UMS?

Adakah anda ingin menambahkan pengalaman berasaskan industri?

Adakah anda ingin mendapatkan pengalaman baru dalam persatuan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi?

 

JADI ANDALAH YANG KAMI CARI!! 

 

Jom sertai keluarga kami ??‍♀‍??‍♂‍

Jika anda merupakan pelajar UMS tidak kira jurusan Sains, Teknologi, Sastera, Ekonomi, Seni dan sebagainya??  

Inilah masa yang paling sesuai untuk anda menambahkan kemahiran dan pengetahuan mengenai STEM.  

Pengalaman sebagai My STEM Ambassador adalah SANGAT berguna untuk masa yang akan datang.

 

Kelab MyStem Ambassador ditubuhkan untuk:
• Pembangunan portfolio pelajar berasaskan industri.
• Memperkasakan mahasiswa secara holistik, mempunyai daya inovasi, kemahiran teknologi, keusahawan, kemahiran sosial dan berjiwa kesukarelawanan. .
• Menjalinkan hubungan yang efektif antara universiti dengan masyarakat setempat terutamanya sekolah bagi meningkatkan kefahaman dan minat dalam bidang STEM. 
• Menghasilkan mahasiswa yang HEBAT dalam menghadapi globalisasi dan cabaran dalam kerjaya yang mempunyai kemahiran tinggi. 

 

Jadi, tunggu apa lagi
Klik pautan google form di bawah atau scan QR Code yang tertera pada poster berlampir.

LINK BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN MY STEM AMBASSADOR UMS