Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan

 

PEMBUKAAN PERMOHONAN PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK 2.0 FASA 1 BAGI TAHUN 2025 
 
Program Public Private Research Network (PPRN) merupakan inisiatif inovatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang mengetengahkan model kerjasama strategik antara industri dan akademia bagi meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui program inovasi yang berpacukan permintaan. Program PPRN telah mula dilaksanakan bermula tahun 2015 dan sehingga kini terbukti dapat membantu sektor industri khususnya perusahaan kecil dan sederhana untuk meningkatkan produktiviti dan pengetahuan teknologi seiring dengan perkembangan semasa.
 
Tarikh Pembukaan Permohonan : 7 Januari 2025 (Selasa) 
Tarikh Tutup Permohonan : 9 Februari 2025 (Ahad) 
 
Sehubungan dengan itu, ahli akademik Universiti Malaysia Sabah adalah dipelawa untuk membuat permohonan melalui laman sesawang http://epprn.mohe.gov.my  Sila imbas QR Code yang tersedia diposter untuk memuat turun Garis Panduan Pelaksanaan Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (Public-Private Research Network - PPRN) 2.0 
 
Sebarang pertanya boleh terus menghubungi Puan Rohani Binti Hadi (No.Telefon : 016-803 2554) atau Puan Priscilla Clare Primus (No. Telefon : 014-996 8245)

 
Pengumuman Daripada: Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan
 
 
Assalamualaikum w.b.t  dan Salam Sejahtera  
 
YBhg Datuk/Prof/Prof Madya/Dr/Tuan/Puan,
 
1.Mohon bantuan untuk mengisi kajian kepuasan pelanggan ini untuk meningkatkan mutu perkhidmatan di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP).
 
Klik Pautan ini atau imbas QR code (rujuk poster yang dilampirkan di bawah): https://shorturl.at/gjtuJ
 
 
Assalammualaikum and Salam Sejahtera to all FPEP staffs/students/others,
 
1. Please help to fill this customer satisfaction study to improve quality of service at Faculty of Business, Economics and Accountancy(FPEP).
 
Click this link or scan the QR code(refer to the poster attached below): https://shorturl.at/gjtuJ
 
 
Sekian, terima kasih.
Thank You