Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik & Komunikasi Korporat
Subjek: Pertandingan E-Treasure Hunt Jubli Emas Rukun Negara

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / YBrs. Dr. / Tuan / Puan,

HEBAHAN MENGENAI PERTANDINGAN E-TREASURE HUNT JUBLI EMAS RUKUN NEGARA

Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / YBrs. Dr. / Tuan / Puan kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) akan menganjurkan PERTANDINGAN E-TREASURE HUNT JUBLI EMAS RUKUN NEGARA sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara yang diperkenalkan pada tahun 1970 demi membina negara Malaysia yang kukuh, bersatu dan makmur. Penyertaan adalah terbuka kepada semua penjawat awam dan semua warganegara Malaysia kecuali Urusetia E-Treasure Hunt BERNAMA.

Syarat penyertaan dan borang pendaftaran pertandingan boleh didapati melalui QR Code yang telah disediakan di dalam poster atau melalui pautan https://rukunnegara50.bernama.com/ehunt

Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan boleh diajukan terus kepada pegawai melalui nombor telefon seperti yang tertera di dalam laman web pertandingan yang disediakan.

Sekian, terima kasih.

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS
Subjek: Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan Perpustakaan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pengguna yang dihormati,

Perpustakaan UMS sedang menjalankan Kajian  Kepuasan Pelanggan bagi meningkatkan perkhidmatannya. 

Kajian ini akan mengambil masa lebih kurang 10 saat sahaja untuk dilengkapkan. 

Sehubungan dengan itu, semua pengguna adalah dialu-alukan untuk memberi maklumbalas dengan mengimbas kod QR  atau melalui pautan dibawah;
https://rb.gy/j0tika

Maklumbalas anda amatlah kami dihargai.

Terima kasih.

Pengumuman Daripada: Sektor Pengurusan Harta & Risiko, Jabatan Bendahari
Subjek: Infografik Tanggungjawab Pegawai Aset

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Harta & Risiko, Jabatan Bendahari telah membuat hebahan infografik sebagai ulangkaji kepada pegawai aset JFPIB melaksanakan pengurusan aset mengikut Garis Panduan yang ditetapkan.

Berikut merupakan Infografik Tanggungjawab Pegawai Aset untuk Proses Pelupusan dan Kehilangan Aset Alih UMS.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan boleh menghubungi Urusetia Pelupusan, Kehilangan Dan Hapus Kira iaitu En. Rahmat Bin Kasmin / Pn. Derma Maludin di emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sekian. Terima Kasih

Pengumuman Daripada : Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ), Jabatan Pendaftar
Subjek: Jom Sertai Seminar Kreanova Dalaman: Memperkasakan Sistem Penyampaian, Melestarikan Kualiti

Bahagian Pengurusan Kualiti [BPQ] akan mengadakan Seminar Kreanova untuk JFPIB pada 27 Ogos 2020 (Khamis) bertepatan dengan Tema Aspirasi Pendaftar bagi Tahun 2020, Memperkasakan Sistem Penyampaian, Melestarikan Kualiti. Seminar ini diadakan secara atas talian.

Semua kakitangan adalah dijemput untuk menyertai dan mata IDP akan diberikan. Bagi kakitangan yang berminat, bolehlah imbas kod QR yang dilampirkan di poster tersebut untuk pendaftaran sebagai peserta.

Link untuk mengisi permohonan untuk penyertaan sebagai peserta: https://forms.gle/9EZXFRTMAFAdTAKR8