Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Subjek: Penyalinan Dokumen

Semua warga UMS dikehendaki untuk melakukan penyalinan dokumen anda bagi mengelak kehilangan dokumen pada masa yang tidak dijangka. Tujuannya adalah memastikan tugasan anda tidak tergendala dan berjalan dengan lancar.

Dokumen anda boleh di salin/ simpan dalam Google Drive yang disediakan oleh Google for Education.

Rujuk link bagi penggunaan Google Drive.
https://support.google.com/drive/answer/2424384?hl=en

Untuk makluman Google for Education menyediakan storan tanpa had pada setiap pengguna.
https://support.google.com/a/answer/139019?hl=en

Sekian terima kasih.

Peringatan daripada JTMK:

1.      Atas isu keselamatan, sila abaikan emel yang meminta Password Webmail UMS anda.
2.      Sila berhubung dengan Pihak JTMK jika tidak pasti kesahihan email berkenaan.

Announcement From: Department of Information Technology & Communication
Subject: Backup Documents

All UMS staff are required to do backup of your documents to avoid the unexpected document loss. This is to make sure that your work is not disrupted and runs smoothly.

Your document can be backed up/ saved in Google Drive provided by Google for Education.

Refer to the link How to use Google Drive.
https://support.google.com/drive/answer/2424384?hl=en

For your information, Google for Education provides unlimited storage for each user.
https://support.google.com/a/answer/139019?hl=en

Thank you.

Notice/ Caution from JTMK:
1.            For security reasons, Please Ignore any email that requests you to disclose your UMS email password.
2.            For verification, please contact JTMK.
  

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi
Subjek: Pelawaan Pencalonan Bagi:

  1. Anugerah Saintis Muda Negara (Sains Hayat) Tahun 2020
  2. Anugerah Saintis Muda Negara (Sains Fizikal) Tahun 2020
  3. Anugerah Juruteknik (Sains) Negara Tahun 2020

Pegawai Dihubungi: Urusetia Penyelidikan (103145)

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui surat rujukan: MESTECC.600-9/4/2 (22) bertarikh 18 Mei 2020 berhasrat untuk memberi pengiktirafan terhadap sumbangan dan pencapaian oleh saintis muda dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) sains dan teknologi melalui Anugerah Saintis Muda Negara Tahun 2020 (Sains Hayat / Sains Fizikal), dan Anugerah Juruteknik (Sains) Negara Tahun 2020.
  2. Sehubungan dengan itu Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan pencalonan melalui pautan yang disediakan berdasarkan penjadualan yang ditetapkan seperti di dalam jadual berikut;

ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARA (SAINS HAYAT) TAHUN 2020 DAN ANUGERAH SAINTIS MUDA NEGARA (SAINS FIZIKAL) TAHUN 2020

BIL

PERKARA/ TINDAKAN PEMOHON

PAUTAN

TARIKH

1

Melengkapkan emel pada alamat pautan yang disediakan.

shorturl.at/suTUW

 

Sebelum

30 Ogos 2020

2

Memuat turun borang;

-       Lampiran 1A

-       Lampiran 2A

-       Senarai Semak

3

Melengkapkan;

-       Lampiran 1A

-       Lampiran 2A

-       Menyemak dan menyediakan lampiran seperti di Senarai Semak

Secara manual

(borang)

4

Melengkapkan ruangan Pencadang/ Penyokong;

 

Pencadang:

-       Ketua Jabatan

Penyokong:

-       Timbalan Naib Canselor (P&I)

-       Pengarah PPPI

Secara manual

(borang)

 

Memuat naik;

-       Lampiran 1A

-       Lampiran 2A

-       Lampiran sokongan pada Senarai Semak

shorturl.at/suTUW

 

Melengkapkan alamat pautan setiap borang dan dokumen pada Senarai Semak dan Dokumen Pencalonan

Rujuk alamat pautan bagi Lampiran 1A dan 2A yang telah di muat naik.

 

Memuat naik Senarai Semak berserta lampiran-lampiran sokongan berkaitan

shorturl.at/suTUW

 

Klik Selesai

 

ANUGERAH JURUTEKNIK (SAINS) NEGARA TAHUN 2020

BIL

PERKARA/ TINDAKAN PEMOHON

PAUTAN

TARIKH

1

Melengkapkan emel pada alamat pautan yang disediakan.

shorturl.at/zDRSX

Sebelum

30 Ogos 2020

2

Memuat turun borang;

-       Lampiran 1B

-       Lampiran 2B

-       Senarai Semak

3

Melengkapkan;

-       Lampiran 1B

-       Lampiran 2B

-       Menyemak dan menyediakan lampiran seperti di Senarai Semak

Secara manual

(borang)

4

Melengkapkan ruangan Pencadang/ Penyokong;

 

Pencadang:

-       Ketua Jabatan

Penyokong:

-       Timbalan Naib Canselor (P&I)

-       Pengarah PPPI

Secara manual

(borang)

 

Memuat naik;

-       Lampiran 1B

-       Lampiran 2B

-       Lampiran sokongan pada Senarai Semak

shorturl.at/zDRSX

 

Melengkapkan alamat pautan setiap borang dan dokumen pada Senarai Semak dan Dokumen Pencalonan

Rujuk alamat pautan bagi Lampiran 1B dan 2B yang telah di muat naik.

 

Memuat naik Senarai Semak berserta lampiran-lampiran sokongan berkaitan

shorturl.at/zDRSX

 

Klik Selesai


Bagi menyokong penuh hasrat dan objektif pelawaan ini, jasa baik dan kerjasama Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk memastikan sekurang-kurangnya penghantaran satu (1) pencalonan daripada tiga (3) kategori tersebut di atas (sekiranya ada) daripada fakulti/ pusat/ institut masing-masing.

Perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, dan terima kasih.

DARIPADA;

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPPI), UMS

Pelawaan Pencalonan Anugerah Saintis Negara (.pdf)

Syarat dan Peraturan Anugerah Juruteknik (Sains) Negara Tahun 2020 (.pdf)

Syarat dan Peraturan Anugerah Saintis Muda Negara Tahun 2020 (.pdf)

Senarai Semak Dokumen Pencalonan ASMN 2020 (.docx)

Senarai Semak Dokumen Pencalonan AJTSN 2020 (.docx)