- Jumlah paparan: 1818
Peringatan Kepada Pegawai Penilai Pertama (PPP) Dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) Untuk Membuat Penilaian LNPT Tahun 2019
Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia
Subjek: Peringatan Kepada Pegawai Penilai Pertama (PPP) Dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) Untuk Membuat Penilaian LNPT Tahun 2019
YBrs. Prof. Datuk Dr./Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
02. Berdasarkan kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, Penilaian Prestasi merupakan sebahagian daripada sistem pengurusan personel yang penting yang boleh digunakan untuk membantu setiap pegawai meningkatkan prestasi kerja masing-masing.
03. Selepas PYD melengkapkan borang LNPT masing-masing, semua PPP dan PPK yang telah dilantik seharusnya memulakan proses penilaian bagi melengkapkan proses dalam sistem penilaian prestasi kakitangan. Berikut merupakan ringkasan peranan PPP dan PPK;
Peranan PPP
Definisi; Pegawai Atasan atau Penyelia yang terdekat kepada PYD dan mempunyai hubungan kerja atau yang mengawasi kerjanya.
| Peranan PPK
Definisi; Pegawai atasan yang terdekat kepada Pegawai PPP dan mempunyai hubungan kerja dengan PYD.
|
- Sehubungan itu pihak YBrs. Prof. Datuk Dr./Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, adalah diingatkan untuk melengkapkan proses penilaian tersebut sebelum atau pada 20 Februari 2020. Kegagalan berbuat demikian menyebabkan pergerakan gaji tahunan PYD tidak akan diproses, PYD tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat, PYD tidak layak pengesahan jawatan, PYD tidak layak dilanjutkan kontrak dan mempengaruhi urusan pencen serta lain-lain berkaitan perkhidmatan PYD.
Segala perhatian dan kerjasama YBrs. Prof. Datuk Dr./Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr./Tuan/Puan, amatlah diharapkan.