Pengumuman Daripada: Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Subjek: Masalah Teknikal Sistem Telekomunikasi UMS

Untuk makluman terdapat masalah teknikal dipihak Telekom Malaysia Berhad, sehubungan itu panggilan masuk ke Kampus Induk melalui 088-320000 dan keluar daripada Kampus Induk tidak berfungsi pada masa ini.  Pihak TM masih berusaha untuk mengatasi isu-isu teknikal tersebut.

Terima kasih.

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat
Subjek:  Promosi Blog Kopipanas.RTM.Gov.My, MyKlik dan Muat Turun Aplikasi RTM Mobile

Ruj. Kami       :  SUPS/H/01/233/100/5-81 (6)
Tarikh             :  3 Februari 2020

MELALUI E-MEL

Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Ketua Badan Berkanun Persekutuan

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

PROMOSI BLOG KOPIPANAS.RTM.GOV.MY, MYKLIK DAN MUAT TURUN APLIKASI RTM MOBILE

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk berhubung perkara di atas.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa portal RTM boleh dilayari menerusi https://myklik.rtm.gov.my/ dan blog http://kopipanas.rtm.gov.my<http://kopipanas.rtm.gov.my/> serta muat turun aplikasi RTM Mobile untuk menonton dan mendengar rancangan-rancangan menarik di saluran TV dan Radio RTM serta mendapatkan info terkini.

3.     Bersama-sama ini disertakan risalah dan panduan untuk muat turun aplikasi tersebut.

Sekian, terima kasih.

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat
Subjek: Pelawaan Penajaan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2020/ 2021 (Kementerian/ Jabatan/ Agensi)

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 

2.      Untuk makluman Tuan/ Puan, setiap tahun Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mempromosikan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong kepada semua warganegara Malaysia yang layak untuk memohon Penajaan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2020/ 2021. 

3.      Sehubungan itu, pihak JPA ingin memohon bantuan dan kerjasama pihak Tuan/ Puan untuk membantu menghebahkan Pelawaan Penajaan BYDPA Sesi Pengajian 2020/ 2021. Bersama-sama ini disertakan bahan promosi BYDPA 2020/ 2021 untuk perhatian pihak Tuan/ Puan selanjutnya. Kerjasama dan bantuan pihak Tuan/ Puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Pelawaan BYDPA dibuka pada 10 Feb (.pdf)