Pengumuman Daripada: Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah
Subjek: Senarai Keratan Akhbar Terkini Dalam UMS Institutional Repository Siri 30/2019

Bil

 

Tarikh

Tajuk Akhbar

1

10th Postgraduate Colloquium by UMS

16.11.2019

New Sabah Times

2

16 pelajar Seni Muzik pamer bakat

6.12.2019

Daily Express

3

400 pelajar jayakan Program Diskusi Raja Berpelembagaan

20.10.2019

Utusan Borneo

4

85 pelajar Tingkatan 3 SMK Rancha-Rancha minat masuk UMSKAL

18.10.2019

Utusan Borneo

5

AKAM platform aspirasi anak muda

14.10.2019

Utusan Borneo

6

Akta Profesion Kerja Sosial Iktiraf bidang kerja sosial di Malaysia

15.10.2019

Utusan Borneo

7

Counselor wins 2019 Plums Icon Award

3.12.2019

New Sabah Times

8

CPC adakan Program Bondang- Banding 4.0

31.10.2019

Utusan Borneo

9

Ekopelancongan perlu seimbang, Seiring dengan perkembangan pesat industri pelancongan di Sabah.1

18.10.2019

Utusan Borneo

10

Empat IPT rebut gelaran UNIMAS International Regatta 2019

19.10.2019

Utusan Borneo

11

FESTKUM 2019 lahirkan pelajar berbakat, Libatkan penyertaan 18 pelajar UMS dalam pertandingan nyanyian dan tarian

17.10.2019

Utusan Borneo

12

Gen-Z cenderung ke arah pengajaran berorintasikan teknologi masa ini

31.10.2019

Utusan Borneo

13

Graduan universiti digalakan fasih bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris

25.11.2019

New Sabah Times

14

HEP cungkil bakat pelajar UMS dalam kesenian

31.10.2019

Utusan Borneo

15

JAKMAS Ekopark jalin kolaboratif jayakan kitar semula

31.10.2019

Utusan Borneo

16

Karnival Sukan Kolej Kediamam UMS 2019 meriah

17.10.2019

Utusan Borneo

17

Keunikan warisan trdisional ' Miyolon Ensambiyan' didokumentasikan

30.11.2019

New Sabah Times

18

Kieran, Jie Zhe juara Bergu Campuran Liga Badminton UMSKAL 2019

19.10.2019

Utusan Borneo

19

Kikis pandangan negatif terhadap penerimaan khidmat kaunseling

27.10.2019

Utusan Borneo

20

Kimanis tidak semudah Sandakan buat PH, kata Penganalisis

5.12.2019

New Sabah Times

21

Mahasiswa perlu fahami konsep bitara

1.12.2019

Utusan Borneo

22

Miyolon Ensambiyan kini didokumentasikan

1.12.2019

Utusan Borneo

23

Sukarelawan UMS, Belia Harmoni asakan aktiviti amal

3.12.2019

New Sabah Times

24

Teater eksperimental WIP mewakili Malaysia di AYTF 2019

1.12.2019

Utusan Borneo

25

Technology Enabled Learning at UMS Center For E-Learning

1.12.2019

The Borneo Post

26

UMS and Unand held Mini International Conference

9.11.2019

New Sabah Times

27

UMS berada pada kedudukan ke-58 dunia dalam UI GreenMetric World University Ranking 2019

5.12.2019

Astroawani

28

UMS ranked 58th

6.12.2019

Daily Express

29

UMS, Japan Shukutoku University inked MoU for cooperation in social welfare field

5.12.2019

New Sabah Times

30

UMS, Japan variaty sign pact on social welfare cooperation

5.12.2019

Daily Express

 

Pengumuman Daripada: Unit Pengajian Lanjutan, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Subjek: Tawaran Permohonan Biasiswa Stipendium Hungary 2020

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Hungary telah membuka permohonan untuk menaja warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program Biasiswa di bawah tajaan Stipendium Hungary Scholarship Program bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Ijazah Kedoktoran bagi kemasukan akademik 2020 di Hungary.

Kakitangan yang berminat perlu mengemukakan permohonan secara terus melalui laman sesawang www.stipendiumhungaricum.hu. Kakitangan adalah diingatkan untuk mematuhi tarikh akhir permohonan yang ditetapkan iaitu sebelum 16 Januari 2020 bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Bersama ini dilampirkan adalah hebahan tawaran biasiswa untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Hebahan Tawaran Biasiswa (.pdf)

Pengumuman Daripada: Pusat Minda Lestari
Subjek: Makluman Pendaftaran Kemasukan Murid/ Kanak-Kanak PML Sesi 2020

IBUBAPA
MURID-MURID/KANAK-KANAK
PUSAT MINDA LESTARI
UNIVERSITI MALASYIA SABAH

Dr./Tuan/Puan,

MAKLUMAN PENDAFTARAN KEMASUKAN MURID/KANAK-KANAK BAGI PROGRAM DI PUSAT MINDA LESTARI BAGI SESI 2020

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sesi pendaftaran murid/kanak-kanak baharu bagi sesi 2020 akan diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh : 18 Disember 2019 (Rabu)
Masa : 9.00 Pagi- 12.30 Tengahari
Tempat : Dewan Pusat Minda Lestari

Dimaklumkan juga bahawa, kutipan yuran PIBG PML sebanyak RM25.00 akan dikutip semasa pendaftaran oleh wakil PIBG PML.

Bersama-sama ini dilampirkan kaedah pembayaran & Pekeliling Bendahari Bil.3 Tahun 2019 berkenaan Pelaksanaan Sepenuhnya Persekitaran Terimaan Tanpa Tunai (Cashless Enviroment) di Universiti Malaysia Sabah untuk rujukan Dr./tuan/puan selanjutnya.

Sekian dan terima kasih.

Pekeliling Bendahari Bil. 3 Tahun 2019 (.pdf)
Pelan Lantai Dewan PML untuk Pendaftaran 2020 (.pdf)

Pengumuman Daripada: Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar
Subjek: Pelawaan Bagi Pengesahan Dalam Perkhidmatan BIL. 1/2020

Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendaftar mempelawa kakitangan berstatus tetap yang belum disahkan dalam jawatan dan telah memenuhi kriteria Pengesahan Dalam Perkhidmatan dengan mengisi borang permohonan melalui http://www.ums.edu.my/pendaftar/V3/index.php/en/easyaccess/borang-borang

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pendaftar selewat-lewatnya atau pada 24 Januari 2020 (Jumaat).

Sekian, terima kasih.

Pelawaan Pengesahan Dalam Perkhidmatan Bil. 1/2020 (.pdf)

Syarat Pengesahan Jawatan (.pdf)