Pengumuman Daripada: Pusat Kokurikulum Dan Pemajuan Pelajar
Subjek: Karnival Kokurikulum Semester 1 Sesi 2019/ 2020 Universiti Malaysia Sabah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ✨ Karnival Kokurikulum kini bersua lagi untuk semester 1 sesi 2019/2020 ??dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik, bertenaga dan tidak akan membuatkan hari anda suram. Karnival ini akan diadakan seperti ketetapan berikut?:

Tarikh :
14-15 Disember 2019 (Sabtu-Ahad)
Masa :
8.00 pagi  - 5.00 petang
Tempat :
Dataran Dewan Canselor, UMS

✨Terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti anda pada kali ini, seperti?? :

?Pameran Aktiviti Pelajar?

?Persembahan yang menarik?
 ?? Senamrobik Mega?‍♂
 ?? Karaoke??
 ??Fitness Dance??
 ??Persembahan Istimewa Dari Setiap kursus Kokurikulum??

?Games?
??Pertandingan Street Soccer⚽
??Pertandingan Penalti Shoot⚽
??Pertandingan Bola Jaring '3 ON 3'??

?Kempen Derma Darah?

?Pemeriksaan Kesihatan ?

?Food truck ???

✨Terdapat juga gerai-gerai makanan yang dibuka khas untuk pengunjung bagi bersantap dan menikmati makanan yang pelbagai yang mampu menaikkan selera anda semua. ?????????????


✨Ayuh jangan lepaskan peluang!! marilah datang beramai-ramai dan meriahkan lagi Karnival Kokurikulum ini yang mana pelbagai aktiviti menarik menanti anda.?? Yang pastinya akan membuatkan hari anda lebih Ceria dan bermakna ??☺Jumpa anda disana??

Pengumuman Daripada: Jabatan Pendaftar

Subjek: Jemputan Menghadiri Majlis Perutusan 100 Hari Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah

Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri Majlis Perutusan 100 Hari Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh: 11 Disember 2019 (Rabu)

Masa: 8.30 Pagi

Tempat: Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah

Segala kerjasama serta kehadiran pihak YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan Strategik Dan Komunikasi Korporat

Subjek: Penutupan Sementara Galeri Majlis Di Bangunan Canselori

 Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa Galeri Majlis di Bangunan Canselori ditutup buat sementara waktu bermula pada 3 Disember 2019 sehingga 13 Disember 2019 untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Sekian, terima kasih.